~ nostalgia ~
gambo ni snap on 16.8.2008
nurin 3+ tahun
syuhada 1+ tahun
~ miss them so much ~
skang nak anak dara, keje nyer asyik nak melawa je 24 jam!
kita selalu nak buat per kata majalah... per kata penceramah... per kata profesor. but hakikat nyer sometimes kita tak dpt nak apply kat anak kita sendiri. cuba nak buat ~ tapi tak praktikal. tambahan plak kita ni keje. weekend pun kena keje. tak masuk lagi nak kena gi kursus... hmmm tak belajar ler anak-anak kat umah.
so, sebagai superMak kepada 2 org dara (sedang cuba tambah dara / teruna) dan seorang husben yg hensem... saya suka ati la nak share la skit skit tips peribadi homeschool anak kat umah :-
- kena byk sabar. memang akan naik angin tapi, sabaaaaar... saya start homeschool anak bila anak sulung umur 3 tahun plus plus. dia kecik lagi, so saya plak nak dia cepat tangkap pe saya ajar.... hmmmm, awal-awal tu memang frust. but, fikir-fikir balik ~ relax la, she is still a baby la (muhasabah diri sendiri!!!)... saya mengaku ~ ni la satu benda yg saya sendiri sukar nak buat iaitu jadi sgt penyabar. kekadang, ada gaks tone suara saya up skit... or, sometimes anak-anak kena cubit-cubitan kecil. rasa nak lempang pun ada!!! hi hi hi... "sabar bu... sabar..." tu la nasihat ayahanda dara berdua selalu. hi hi...
- biar anak-anak tawar diri nak belajar, jgn dipaksa ~ baru dia ada semangat berkobar-kobar nak terima pelajaran. kalau paksa, hmmmmm concentration mereka ke laut! now alhamdullillah, nurin & syuhada da secara rela menawarkan diri mereka untuk dihomeschool kan. alhamdullillah...
- kalau dia da tak minat ~ stop !!! jgn teruskan sessi belajar. akibat nyer kalau tak stop, kita balik yg sakit jiwa & sakit hati !!!
- suasana rumah waktu tu kena aman. hindarkan tv... hindarkan komputer... ketepikan makanan... on kipas or air-cond... pencahayaan perfect... baca doa nak belajar (suruh anak yg baca)...
- beri kan pujian ~ bukan bila da abis sessi belajar tu. setiap benda yg dibaca / dibuat betul ~ "yes, bagus!"... "adik pandai...!" ... "good girl!"... gelak-gelak sikit dgn dia. cium sikit pipi dia. peluk skit... hah! baru dia ok and excited...
huh! skang ni saya akan start langgan beberapa majalah utk anak-anak. menambahkan... mencetuskan... menanamkan minat dlm diri diorang utk MEMBACA. jadikan membaca tu satu tabiat. satu minat. satu kesukaan tanpa dipaksa!!! antara yg saya da confirm :-
- komik upin & ipin
- majalah disney princess malaysia
- ana muslim
ok kan ? dlm proses nak send borang langganan. including nak dpt kan edisi yg lepas-lepas. byk bajet ni, so skit skit la :) nanti aida share ekk pasal magazine di atas.
so, buat ikut citarasa anak-anak kita. jgn ikut org. ikut nasihat org ~ tapi sesuaikan dgn diri kita, anak-anak kita, masa kita :)
1 Comments
yup setuju, kakyong sebelum nak mulakan, sejak tahun lepas.. memang susah sangat..
ReplyDeletetp skrg ni anak2 dah terbiasa.. dah terbiasa dgn buku.. dah terbiasa dgn xtvt menulis, melukis menconteng..
cuma setiap hari/masa kita cuba improvekan lagi kemahiran anak..
apa2 pun seronok bila tgk aank2 suka belajar.. walau x seberapa & ade juga org pandang semacam -- kecik2 lagi tak yah lah suruh belajar.. tp sbb kita nak biasakan anak, & anak2 pun suka, then apa salahnya.. xkan nak bior jer anak mcm tu kan.. x kan lah spjg masa anak dok main jer kan...
apa salahnya kita inject kan pengisian sikit utk anak2..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.