harap maklum ye bahawa next januari bakal bermula ekspedisi aida sebagai seorang ibu yg ada anak ke sekolah rendah. ekspedisi ini bakal berlanjutan berbelas tahun akan dtg selagi hayat di kandung badan, selagi Allah panjang umur... insya'Allah...

maka, suka hati la nak share tips serba sedikit. tips ni semua pasti tahu cuma ~ just share sebagai peringatan berulang kali ~

  • familiar kan diri kita dan anak yang bersekolah selok-belok sekolah. in case of emergency, mana nak pegi and mana TAK BOLEH pegi! ini paling utama. kerana bila emergency, apa pun tragedi buruk boleh berlaku. byk jenis emergency yg aida maksud kan ~ kebakaran, rompakan, sakit, etc... terutama if anak baru masuk sekolah, dia blurrr. maka, ambil masa untuk sendiri ronda kawasan sekolah, bawa anak and explain kat dia setiap perincian. PENTING!
  • ambil tahu SAFETY PLAN sekolah. apa yg sekolah prepare, apa yg sekolah ada, apa langkah-langkah keselamatan yg pihak sekolah sedia kan. faktor keselamatan nombor 1. itu mesti disediakan bagi menjamin keselamatan anak kita di sekolah. kita pun boleh mencadangkan apa-apa yg patut kiranya kita rasa ia PENTING. contohnya ~ visitor masuk sekolah wajib pakai pass... selain drpd ibu bapa / penjaga, org lain dilarang berjumpa dgn pelajar... tanpa kelulusan ibu bapa / penjaga, pelajar di larang di bawa keluar sekolah oleh guru... dan lain-lain...
  • beri information penuh pada anak kita tentang makna SELAMAT. ajar dia secara direct apa yg dikatakan SELAMAT dan TIDAK SELAMAT. inform dia apa yg patut berlaku di sekolah dan apa yang TIDAK PATUT. ini tak kurang penting sebab bagi anak yg baru bersekolah, dia takkan tahu senario bersekolah itu camne, kan?
  • berhubung rapat dgn pihak sekolah ~ guru kelas, guru besar, guru hal ehwal murid. maklumkan pihak sekolah kiranya anak kita mempunyai apa-apa alahan, sakit, semput, ketakutan... ini agar guru maklum dan tidak suruh anak kita buat sesuatu hingga memudaratkan anak.

tu jer yg aida terfikir skang. semua dari segi keselamatan la kan. jgn kita fikir aspek belajar je, markah penuh je, nombor 1 dlm exam je. aspek keselamatan penting. kita nak anak kita selamat 100% during school hours.

eh! ada lagi 2 tips la nak share... seperti di bawah ~


  • one more thing ~ kiranya ada masa, luangkanlah masa skit untuk hantar & ambil anak pergi balik sekolah. memang leceh. memang abiskan petrol. tapi, jgn anggap tu satu pembaziran. ambil ia sebagai satu perkara positif iaitu investment utk anak. dia selamat, 'harta' kita selamat. kerana 'harta' kita paling utama adalah anak.
  • kita mesti pastikan environment anak kita sihat ~ faktor kawan. aida suka kalau anak citer hal tadika. sape kawan dia. sape cikgu dia. memang suka la nak tau dgn sape dia bersama sepanjang hari. maka, bila bersekolah, penting kot ambil tahu sape kawan anak kita. background family dia. if ada program sekolah, join, berkenalan la sesama ibu bapa. zaman sekarang ni, ada anak yg lebih percaya kawan dari keluarga!!! tu yang nak kita ubah dan jgn biar ia berlaku dlm keluarga kita...


sekian ~ terima kasih kerana baca ekk... kalau ada tips extra, bleh share dgn aida jugak, buat tambah kat checklist :)

Photobucket