30 disember 2011 ~ nurin mendaftar di sekolah kebangsaan dato demang husin (skddh), bukit katil. sekolah kategori luar bandar. dekat dgn ofis ayah... dekat dgn rumah... pe pe hal, senang ayah merempit ke sekolah :) ~

4 januari 2012 ~ kakak memulakan langkah pertama bersekolah. sebak hati ibu sewaktu siapkan kakak pagi-pagi tu. "besar dah anak sulung ibu..." moga kakak jadi student yg baik, sopan, dgr kata dan cerdik. doa ibu hanya satu, moga kakak jadi cemerlang dalam pelajaran hingga terus-terusan naik cecah menara gading.
bersemangat kakak gi sekolah. dgn senyuman yg manis. ibu tinggalkan kakak kat kelas 1 aman tu dgn aman. "cikgu rajeshwary da masuk kak, ibu balik dulu ye. karang rehat ibu tunggu kakak kat kantin..." "ok ibu" "bye sayang"...
ibu pun balik la tinggal kakak sorang kat sekolah. ibu nak siapkan adik pula gi tadika. tapi...

... adik tak nak turun kta sewaktu sampai kat tadika baru tu. "relax la adik, teacher hawa ada kat dalam tu hah" "adik tak naaaaaaaaaaaaakk!" adik menangis teresak-esak... "adik nak kakak..." alamak aiii sebak hati ibu time tu dik oii. "kakak gi sekolah demang usin, nanti ptg kakak dtg dok sama adik ye" "adik tak naaaaaaaaaaak! adik nak kakak..."
teacher hawa pun tolong ibu tenangkan adik. tak sukses... ibu pun decide utk bawa adik ke sekolah kakak jap lagi. "adik tgk sendiri ye kakak kat sekolah mana ye sayang..."
syuhada ni memang, dia tak boleh takde kakak. kakak tu sifu dia. kakak tu mentor dia... hmmm...

riiiiiiiiinggg! tepat 9:30 kakak turun dgn new friend - isya, cute little girl. kakak tak perasan ibu & adik da ada kat situ. selamba jer kakak makan bekal ~ sandwich sardin yg ibu bagi. bagus kakak. berdikari. relax jer makan... dan makan... hingga abis bekal. suka ati ibu. then baru ibu & adik dtg mendekati kakak...

ni la isya ~ new friend kakak. cute kan? sungguh kecil...duduk satu group dgn nurin dlm kelas. kamcing!!! ibu pun da kenal-kenal dgn mama isya...
5 januari 2012 ~ kakak ada perhimpunan pagi. ibu tungguuu hingga kakak selesai. walaupun ayah yg anta, tapi ayah nak gi keje, terpaksa ibu dtg untuk nurin... ari ni ibu bekalkan kakak ~ sandwich sardin juga tapi ibu up kan skit salut telur dan goreng garing... abis juga bekal tu. gud girl...
tak payah la kakak bw duit ye. kakak nanti kena beratur, tak sempat makan :)

2 hari saje ibu sempat teman kakak. ibu da keje ari ni. kakak gud girl dpt serasi dgn sekolah pagi & sekolah agama ptg. senang hati ibu... meskipun ibu tahu kakak stress sebab ibu suruh kakak tido awal tiap malam ~ 10:30 mlm ~ tu utk kebaikan kakak. kakak kena cukup makan & cukup tido... baru la otak cergas, minda cerdas :)
4 Comments
sronok tgk gelagat anak2 first day sekolah. teringat siratu dulu, tiap pagi akak kena masak utk bekal dia pegi skolah. tapi bila dah lama, dia takmo, katanya dah pandai beratur kat kantin beli makanan
ReplyDeletesiannya syuhada..
ReplyDeletelelama nanti dia dpt biasakan.. dah biasa berteman dgn kakak.. tetiba terpisah pulak..
kak sue - as at now, everyday still aida buat kan bekal. nurin kata, dia malas nak beratur :)
ReplyDeletekak yong - tu la pasal kak. skang ni dia da ok. just asyik bertanya, "kakak mana?" hi hi hi...
macam2 gelagat anak2 kat sekolah ye aida. baguslah awal2 nurin dah ada best friend. sama comel plak tu.
ReplyDeletekesian plak kat adik...masih cari2 kakaknya... nmpk kakak terus boleh senyum...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.