lama tak share perkembangan pelajaran nurin. after mendengar sesuatu yg menggembirakan semlm from my beloved husben pasal nurin, terus nak citer citer la ni hah. apa kah itu yg menggembirakan ? ia terpaksa di K.I.V kerana husben da janji dgn nurin not to tell anyone (including ibu!!!)... apa pun, ia berkaitan 'rakan masjid' di sekolah ...

now, memang saya ngaku tak dpt bersama anak-anak setiap mlm ~ belajar bersama. masa amat mencemburui saya! dgn keadaan kesihatan yg kurang mengizinkan, hmmmmm harap maklum saje la. penat! letih! ngantuk! just yg saya cuba sedaya upaya kuatkan tenaga zahir dan batin adalah ~ iqra' bersama mereka selepas maghrib. insya'Allah... ilmu dunia je mana bleh, akhirat mesti nak pupuk juga...

maka, pendekatan saya untuk nurin adalah ~ tgk dulu ada tak homework. then, after settle homework, saya akan buka setiap text book dia. tanya dia, da belajar sampai mana. ulangkaji text book dia. and dia pun happy la and sungguh xcited membaca text book nyer...



bahasa malaysia ~ nurin da perfect...
english ~ basic da perfect. just nak start da dengan word yg lebih mencabar...
matematik ~ ok good. pada saya lom perfect sebab jari jemari masih digunakan. termasuk la jari jemari kaki. i dunt like!!!
iqra' ~ ok good. lom perfect. tak lancar...
arabic ~ he he he ibu pun tak reti nak ajar la... K.I.V... setakat basic yg ibu tau je he he he...

as for english la kan, apa yg saya perhatikan... word baru, nurin boleh sebut (walaupun sometimes salah) guna pendekatan fonik. cara dia sebut pun saya tekankan cara fonik. contoh nya di antara perkataan 'sad' dan 'sat'... bunyi 'd' dan 't' tu beza! maksud pun beza! nurin dpt tangkap sebab da dia diajar membaca cara fonik. bak kata orang, kalkalah nyer lain he he he... then, bunyi 's' if perkataan tu singular or plural. tu pun penting... ada beza with / without 's'...

bila dia tahu menyebut ikut bunyi yg betul, mudah saya nak explain maksudnya. biar ia lekat kat fikiran dia. biar dia suka nak meneruskan pembacaan. biar dia minat... semua ni saya ulangkaji guna text book sekolah dia. so, saya rasa amat berbaloi masa yg telah saya korbankan untuk nurin sebelum ni since dia umur 3+ tahun. ia memberikan kesan yg amat bagus. memudahkan dia, memudahkan saya sekarang ini... alhamdulillah...



saya ni bukan la cikgu bertauliah. maka, cara saya tu ada yg kurang sesuai. but, tu la dia cara saya. dan nurin dpt follow dgn baik. as for syuhada, no problem. because everytime kakak belajar, dia memang ada depan kakak nyer... dia mendengar...


IKLANSmiley
MARI JOIN ADIKBIJAK
Smiley


Photobucket
Smileydaftar sini !


so, pada semua kengkawan ~ klik iklan di atas and start la beli BACALAH ANAKKU & READEASY untuk anak-anak di samping sumber bacaan yang lain. sgt bagus pendekatan fonik ini. saya da guna, saya da amal... saya puas hati.

atau terus kat bawah ni hah, link terus ke produk yg saya rekomen...

Pakej lengkap ini mengandungi set-set berikut:
(RM130 saje if jadi ahli)
  • Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bahasa Melayu)
  • Buku Aktiviti Fonetik Ekspres 1 & 2
  • Early Reading Series ReadEasy Phonics (Bahasa Inggeris)
  • ReadEasy Activity Book 1 - 2
  • Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan (Jawi & Al-Quran)
  • Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan

Photobucket