salam hari jumaat semua. hopefully ari korang sihat, ceria & bahagia... jap tadi baru je blogwalking (BW) ~ aida pasti tinggalkan komen korang jgn risau la. aida tak gemar jadi silent reader. aida nak kehadiran ku disedari hua hua hua ... mcm2 citer aida baca. mcm2 berita aida tau... korang BW camne ekk? bila ekk? aida waktu kat ofis jer la bleh on internet. kalau ada masa... gi kat bloglist dulu, then, gi kat dashboard... tak dpt nak masukkan semua ke bloglist kadang-kadang. so, aida follow blog org ~ aida terjah ikut jalan dashboard je. ok tak gitu?
"NAPE MLM TADI TAK MENGAJI?"
ptg semlm saya amat penat. tak larat nak masak... ajak la husben makan luar ~ jusco. balik rumah da kelam-kabut sebab da kul 8 mlm. tak dpt la nak jemaah and baca iqra'. tu yg nurin tanya soalan di atas...
"tadi da lewat. ibu letih ari ni. ibu kan keje jauh ari ni...."
actually time nurin tanya tu, tersentak jap saya alamak?! hi hi anak oh anak... ingat pulak tu timetable. diorang memang da excited ngaji iqra' dgn ibu nyer. kalau saya penat terlebih pun, kekadang ku gagahi juga dgn kudrat yg tak seberapa. alhamdullillah... takde saya pening-pening nak mencari ustaz / ustazah nak anta anak-anak ngaji. sendiri ajar, moga ilmu itu dpt dimanfaatkan.
tu hah nampak jambul syuhada hi hi. ni dia ngaji dgn ayahnya. ibu nak masak. sambil tu sempat le ibu snap gambo nyer...
7 Comments
saya pun ajar anak2 mengaji sendiri.
ReplyDeletebetul aida... sepenat mana pun kita tetap cuba buat yg terbaik utk anak2...
ReplyDeletehehe... sampai terkeluar jambul ye syuhada.
bagus aida ajar anak ngaji sendiri... ila hantar nagaji kat rmh jiran area rmh..dia ustazah... ila bkn pe..kuat marah..nnt ngajinyer inout sikit.. tp berbirat2 syafiqah kena jentik je...hehehe
ReplyDeletebagusnya anak2 awak.. Alhamdulillah.. seronok dgr.. anak2 akak mengaji di sekolah agama.. kdg2 aje akak dpt mengajar sendiri..
ReplyDeleteklu blogwalking pun time ofis aje.. itu pun kdg2 klu sibuk tak dpt juga.. klu kat rumah lagilah jarang dpt bw.. salam kenal yer.. thanks sudi singgah ke blog akak..
yus ~ ye? sama le kita, just aida baru je bermula. manfaatkan ilmu yg ada :)
ReplyDeleteizan ~ anak kan amanah Allah. penat camne pun, geram camne pun, kita la yg kena usaha demi dia. jambul terkeluar tu pasal da lama sgt bertelekung !!! hi hi...
iela ~ aida pun memang cepat marah. kena tepuk kat peha lain, kena jentik kat bibir lain... geram!!! bukan nyer tak tau, tapi byk main!!!
hanis ~ aida pun gagah kan diri ada kan slot ngaji tu kat umah. but if penat, ayah nyer la take over hi hi hi...
ni nampak sgt anak2 betul2 berminat nk ngaji, x yah paksa2
ReplyDeleteTahniah Aida, ajar anak mengaji sendiri. bagus, dan teruskan!
ReplyDeleteYati hantar anak ngaji dengan orang sebelah rumah. Ustazah sekolah agama. :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.