saya memang menggalakkan nurin citer hal yg berlaku kat sekolah or tadika. saya mesti bertanya... sometimes, dia sendiri akan citer ~ citer happy la... antara nyer...
"ibu, nurin da abis belajar membaca. cikgu huda kata, nurin da pandai membaca. so da tak payah membaca..."
respon si ibu : "kakak jgn beritahu kawan-kawan lain tau apa yg cikgu huda kata tu. nurin diam-diam aje ye. nanti kawan-kawan nurin tak mahu kawan nurin..."
rational si ibu : tak mau le nurin tu RIAK tak tentu pasal. nurin memang da reti membaca. kebetulan, sekolah nurin tu luar bandar. maka, understood la kan masih ramai yg tak lancar membaca bahasa melayu. saya juga nasihat nurin, ajar la kawan-kawan yang masih belum lancar, nanti kawan sayang nurin...
"ibu, nurin da masuk iqra' 4 kat sekolah. nurin kat selalu gi masjid. tapi, si **** tu baru iqra' 1. lambat!"
respon si ibu : "jangan cakap gitu, darling. mungkin dia tak ngaji kat umah. ibu ayah dia keje malam. sape nak ajar dia ngaji? nurin kan ngaji dgn ibu kat umah... kalu dia ngaji kat umah, mesti dia pandai mcm nurin. kesian dia, kan?"
rational si ibu : tak nak la nurin anggap orang yg kurang dari dia tu tak pandai or lambat or .... sebagainya la kan. anak-anak di sekolah tu ramai. background beza-beza. tak semua ok and tak semua ko... tak nak ada sifat RIAK dlm diri nurin.
and banyak lagi beberapa perkara. saya sgt happy dgn perkembangan dia setakat ni. TAPI, saya tak pernah inform dia. saya masih lagi inform dia yg dia kena byk kan latihan, byk membaca,... dan sebagainya...
"ibu, ari ni nurin dapat hadiah... cikgu **** bagi..."
respon si ibu : "kenapa?"
jawapan nurin ialah dia siapkan keje cepat... dia buat matematik betul semua... dia paling pandai... hadiah nya tak la besar sangat. sticker, buku nota kecik, pembaris, pen warna-warni... kali pertama, kali kedua ok la. gembira hati ibu. tapi.... tapi...... bila da selalu sangat, ibu jadi musykil !!!
"betul ke ni, kakak?"
"kakak beli kat koperasi kan?"
"kawan bagi kan?"
"kakak amik kawan punya ke???!" (yg ni dalam nada marah!!)
nurin menidakkan semua soalan ibu nyer di atas.
"kalau ibu tak percaya, esok ibu tanya cikgu. nurin tak tipu..."
bukan la saya tak percaya anak sendiri... bukan la saya nak tuduh-tuduh anak sendiri... tapi, kita kena jaga walaupun ia nampak kecil. jgn amik barang org. jgn tipu / bohong dgn ibu & ayah... kalau da betul cikgu hadiahkan, ok la... alhamdullillah...
but... saya still tertanya-tanya.... hmmmm...
syuhada ~ still happy happy go lucky... byk main! anak manja!
~ si ibu yg heboh! ~betul ke cikgu kat sekolah selalu bagi murid hadiah?
anak-anak korang selalu tak dapat hadiah ~ mcm nurin?
5 Comments
rajin ibu ajar nurin ye...cerdik nurin ni =)
ReplyDeletegood girl nurin nih..jnis cepat pick up..ank2 kita beza kan..pendekatan pun kena berbeza..
ReplyDeletetui la tuh cikgu hadiahkan..bagus2..
saya pun kalau tgk barang2 pelik msti tanya gak kot2 terambil yg kawan2 kan..anak2 kena pantau lebih..
mummyDanisha ~ insya'Allah. terpaksa jadi rajin. nak harap sekolah je, tak bleh ler zaman skang ni :)
ReplyDeletefyzz ~ memang kena pantau! dari kecik ni kita kena ajar bebetul. bila da besar nanti, da jadi buluh, susah!!!
sy ingin cadangkan agar di belikan pen quran digital :) yang baca dan dengar dapat pahala, yang memberi turut dapat pahala kan.
ReplyDeletebleh rujuk di sini >> http://bit.ly/hadiah_ibu
ujay ~ sudah dibelikan alQuran digital & pen nya :) memang tu la niat di hati. skang sedang usaha ajar mereka mengaji sendiri d rumah :)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.