drpd semalam sebeno nyer badan ni tak sihat. letih. sakit pinggang melampau. ia memang efek kat mood! tambahan pula, mlm tadi tak dpt nak tido lena. nurin batuk-batuk hingga terkencing-kencing... syuhada pula kul 2 pagi bangun sebab dia kata, dia takut. pujuk punya pujuk, dia nak balik bilik tapi nak susu. buat kan susu. then, baru la ibu ni nak terlelap, dia dtg lagi sambil bawak botol susu... "nak tido dengan ibu"... beralah la si ibu ni demi menginginkan tido yg sempurna, syuhada tido di antara ibu dan ayah.
mana la bleh lena! sempit! pinggang da le sakit... Allahu Akbar! nasib baik anak, kalau org lain memang da kena tangan dah tgh-tgh mlm hu hu hu...
then, bila buka blog ~ setting baru pula...... "mana aku nak tekan nih???!" kita ni da le tak brape IT. then, ditukar-tukarnya setting baru, aduuuuuuuuuuuhai... semua bikin aku naik angin petang-petang yg panas nih!
ni la lumrah seorang ibu hamil yang bekerja. ada tak org yg faham? bebetul faham? melayan kerenah dunia tanpa henti... penat penat, settle jugak.
apa pun, dlm keserabutan diri itu, si ibu ni tetap gembira. cuma gembira tu terselindung. weekend yg baru ni dpt spend 100% dgn anak-anak. tanpa keluar rumah, dok lepak dgn diorang kat rumah. dpt ulangkaji buku-buku teks sekolah nurin. buat dia lebih faham dan jelas. ada juga yg dia tak faham! ada juga yg dia kata, cikgu tak ajar! takpe la kakak, cikgu nak layan 30 org dlm satu kelas, mana le cikgu nak terbuat. understood... syuhada pun semakin laju membaca. nak cepat-cepat abiskan silibus bahasa melayu. nak start kan dia english.
"saya tak minta lebih. hanya faham... faham... faham dan faham..."
4 Comments
saya faham awak..sgt2 faham..harap bersabar yea..:D
ReplyDeletefyzz phm ..kdng2 saya pun tension gak ..dh la mengandung kan..so be strong...
ReplyDeleteizan faham sangat apa yg aida rasakan tu... lagi2lah masa kita mengandung, semuanya jadi sensitif kan.
ReplyDeleteizan pun sejak hubby takde ni, bila anak2 start buat perangai trus aje hilang mood nak buat itu ini... hmmm.. nak marah pun mmg tak kuasa dah...
apapun... jaga diri ye aida... takmo tension tau!
hmmm tq kawan2... kena sabo ekk? aduuuuuhai...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.