tadi gi parkson, abis lagi RM134 hi hi. beli drypers 2 pek. baju 4 pasang and socks kakak-kakak. barang baby takde yg berkenan di hati, sebab takde offer menarik... hi hi... tunggu jusco member's day plak kot june nanti :)
al-kisah, kakak-kakak di BF tak lama. sebab ? tak payah la nak berdalih wahai ibu nurin & syuhada! ibu tidak rajin :( hu hu hu... tu je. takde sebab lain. oleh itu, anak ke3 ni, ibu nak BF secara ekslusif, insya'Allah. jeles tgk anak-anak buah yg di BF oleh adik & kakak ipar hingga diorang umur 2 tahun. jeles!!!
Medela Mini Electric Breast Pump |
DA ADA ! bakal guna di atas. diperturunkan daripada kakak. kakak pun da tak guna. even dia pun guna kejap je. breast pump tu masih elok terjaga. dulu, beli manual breast pump. Allahu Akbar, siksa nyer la nak mengepam. tu yg buat si ibu ni surrender awal BF nurin & syuhada. tak masuk citer bengkak susu lagi! aduhai, rasa mcm nak demam!!! tu yg tak larat...
disposable breast pads - pigeon ~ DA BELI ! beli 24 pcs dulu. waktu berpantang kat rumah tak brape perlu kot. nanti da naik kerja, baru beli lebih...
ni saya google je. pack yg beli tak snap gambo pun. nampak mudah pakai dan nampak selesa :) |
cooler bag, at first nak beli pigeon juga ~ RM199. takde offer la plak. so, tak jadi beli. tu pun stok lama kat parkson tu, tak mau ler. nanti dulu. may be after berpantang nanti baru beli. sementara kat umah, BF direct jer la, insya'Allah...
da tengok dah. nice. ada compartment utk ice pack. muat 5-6 botol susu... |
ni kotak nyer... |
botol utk simpan susu yg di pump belum beli juga. most probably akan beli brand pigeon juga dlm 3-4 botol ~ 4-5 oz saiz. waktu gi check up last week, nurse ada suggest. untuk jimat, just beli container utk isi dadih tu saje. pump dlm botol susu, masukkan dlm container dadih tu ~ tag kan tarikh, masa dan brape oz nyer. hmmmmm jimat.
nurse pun ada inform and aida google kat byk blog penyusuan ibu :-
- susu yg sudah di pump kalau simpan ikut suhu bilik biasa ~ tahan 4-6 jam saje.
- dlm peti sejuk, bukan freezer ~ 8 hari.
- freezer (peti ais 1 pintu) ~ 2 minggu.
- freezer (peti ais 2-3 pintu) ~ 3-4 bulan.
ni memang kena amik tahu bila da start keje nanti. maklum la, adik baby anta nursery. memang nak kena tag bebetul... letak dlm cooler bag properly... hmmmm...
till then... moga Allah beri jalan yg tenang utk ibu BF adik baby secara ekslusif nanti :)
9 Comments
wahhhh bagus2 aida..semangat BF..danisha dulu sampai setaun je..susu ada..die yg x nak..sebab sy makan ubat huhu...
ReplyDeletesemoga dpt BF dgn jayanya!caiyokkkk =p
chaiyok :-)
ReplyDeleteyiihaaa!! geng baru..
ReplyDeletebekas dadih tu blh guna 2x jek. pilihan lain breastmilk plastik. skrg dh ada yg siap zip lock. xyah ikat ngn getah. storage space pun jimat.
ibu yg bekerja ni mmg mencabar kalau nak bagi BF,respek lah pada mereka...lainlah mcm ct ni ddk rumah aje, direct bagi...tak pyh susah2 nak pump
ReplyDeletemummyDanisha & mia-ina ~ tq.
ReplyDeletekak ngah ~ oh ye ke? tu la aida tgh survey alternatif. mana yg lebih kos efektif & mudah :) tq for d suggestion.
ct ~ yes. aida ni pun dulu time keje da tak nyusu badan. so memang takde pengalaman walaupun anak da 2 hua hua hua... this time baru ada kesedaran...
salam,
ReplyDeletejust nak kongsi pengalaman guna breast pam, sebelum ni penah guna yg manual tp time consuming la..skrg pakai jenis elektrik double pumping, mmg betol2 jimat masa sesuai utk yg bekerja..
good luck. insya allah boleh bf latest baby sepenuhnya. cuma kena buang perasaan-perasaan negatif yg dolu2 tu bersarang dlm diri. :)
ReplyDeleteSoNice ~ yes, manual time consuming. tu yg buat jadi surrender tu!
ReplyDeletelydzar ~ yes, insya'Allah. kena buat jauh-jauh!!!
bagus2 boleh jimat belanje susu fomule ni sekanrang sgt mahal...so bagi bf lagi best n jimat duit kan...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.