rugi nya rasa ari ni tak dpt puasa :( rugi! considering keadaan diri yg da tak larat walaupun kerap makan. cuaca yg amat panas! minum berbotol-botol air. ari ni usia baby dlm janin da pun 30 minggu 2 hari :) baby dlm perut yg sgt aktif, alhamdullillah... time baby bergerak tu, hmmmm memang terkujat kita dibuatnya! bukan setakat menendang, saya rasa seolah-olah dia berguling-guling :) hi hi hi... sayang adik baby...

bukan alasan tak nak berpuasa ari ni, tapi mr.husben pun tak menggalakkan. dia lebih tahu keadaan saya. meskipun hati ni nak sgt berpuasa ~ nak qada' puasa tahun lepas la ni. sambil tu, moga Allah berilah ganjaran pahala berpuasa di bulan Rejab, kan... namun, percaya bahawa diri ini tak boleh tahan, masih lemah, perlu makan... saya tidak berpuasa. Weeekend nanti, insya'Allah. dok rehat di rumah ok kot. tak le terasa lemah sgt agaknya :)
ni saya share skit info tentang fadhilat berpuasa di bulan Rejab yg saya copy paste dari FB saya :-

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)." 
Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat." 
Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah." 
Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)." 
Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

sekadar menjadi penggalak dalam diri bagi mencapai ganjaran yang Allah sediakan.


just nak tayang barang-barang yang telah dibeli khas utk adik baby. semua ni letak kat ruang tamu je ni. beli... letak... beli... letak... lom buka tag harga lagi. baju-baju baby pun baru mlm tadi cuci. sekarang ni tgh bersidai la kat ampai, cute! slowly da kena ready. mana la tau masuk 36 minggu je terus bersalin. da ready, tak le kelam kelibut but but :)


Photobucket