suka saya nak kongsi perihal solat-solat sunat untuk amalan kita seharian 😊.
lebih-lebih lagi kita ni dlm bulan Ramadhan, kan. sementara kita pun masih ada beberapa hari lagi dlm tempoh PKP fasa ke-4, bolehlah kita lebihkan beramal 😌.
berkongsi ni bukanlah sebab saya ni perfect. tidak 😃. tgh mlm tadi, menonton Astro Naura, ada la bicara tentang slat-solat sunat untuk amalan kita di bulan Ramadhan.
teruslah corat-coretkan dlm blog. rujukan sendiri. moga beri manfaat kepada semua yg lain.
SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Solat Sunat Tahajjud dikerjakan pada waktu malam. barangsiapa yang ingin mengerjakannya, mestilah tidur terlebih dahulu. meskipun tidur itu sebentar saje.bangun dari tidur tu, barulah mula mengerjakan Solat Sunat Tahajjud.
Solat Sunat Tahajjud paling minima 2 rakaat sehingga ke 8 rakaat.
sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat malam." (Riwayat Muslim)
terlalu banyak fadhilat dan kelebihan Solat Sunat Tahajjud. ini adalah kerana ia sukar dikerjakan.
bilangan rakaatnya sedikit, iaitu 2 rakaat, namun ia dikerjakan pada waktu malam dan selepas bangkit dari tidur yg lena.
oleh yang demikian, Allah dan Rasulullah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang sanggup bangkit dari tidur dan melepaskan selimut semata-mata mengerjakan Solat Sunat Tahajjud.
niat Solat Sunat Tahajjud
banyak fadhilat Solat Sunat Tahajjud :
- mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
- orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yg berzikir
- orang yang mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga (dgn izin Allah)
- solat ini juga merupakan penebus dosa-dosa yang lalu (dgn izin Allah)
- ia juga dapat menghindarkan diri dari penyakit (dgn izin Allah)
SOLAT SUNAT TAUBAT
Allah s.w.t sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." (Surah At-Tamrin : 8)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hambaNya :
"Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terbadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmah Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Az-Zumar : 53)
semasa sujud terakhir, sujud la lama sikit dan ucapkanlah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. mohon keampunan dari Allah s.w.t bersungguh-sungguh.
"Tidak ada Tuhan selain engkau. Maha Suci Engkau ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yg zalim."
selepas memberi salam, perbanyakkan beristighfar.
"Ampunilah hamba, ya Allah. Tuhan Yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau, ya Allah."
lebih baik, perbanyakkan berdoa dengan penghulu istighfar.
"Ya, Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepadaMu sekuat mampuku.
Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah kulakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku.
Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau."
syarat-syarat taubat :
- ikhlas ingin bertaubat
- tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selamanya
- bertaubat sebelum ajal tiba
jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, haruslah membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. sebagai contoh, memohon maaf dan mengembalikan harta mereka.
firman Allah s.w.t : "sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Surah Az-Zumar : 30)
SOLAT SUNAT HAJAT
Solat Sunat Hajat dilakukan untuk meminta sesuatu hajat. Solat Sunat Hajat dikerjakan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir.
Solat Sunat Hajat dikerjakan dalam 2 rakaat. solat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud terakhir, kita perlu memuji-muji Allah beserta dengan niat hajat yang hendak dicapai. sesudah Solat Sunat Hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan kita dimakbulkan Allah.
semasa sujud terakhir, sujud la lama sikit dan ucapkanlah bacaan zikir & doa di bawah sebanyak 10 kali masing-masing. setelah itu, ucapkanlah apa-apa hajat.
sama-sama la kita rebut kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ni utk mengecapi tawaran yang amat berharga daripada Allah.
meningkatkan amal ibadah. memperbanyakkan solat-solat sunat. berdoa agar kita terus istiqomah dlm ibadah.
sila la kongsi ilmu ni kiranya ia beri nilai tambah pada korang selepas membaca 😌 😌 😌.
7 Comments
Terima kasih banyak2 sbb share ilmu yg penting ini. insyaAllah perlu istiqomah dalam beramal.. Amin
ReplyDeleteSangat bermanfaat.tq��
ReplyDeletealhamdulillah bertambah ilmuu jazakallah ya ukhti
ReplyDeletealhamdulillah bertambah ilmu..
ReplyDeletejazakallah ya ukhti
Terima kasih. Ianya amat membantu saya untuk mengerjakan solat2 sunat.
ReplyDeleteFollow here #1181
ReplyDeletesalam kenal, bagusnya perkongsian ni
Alhmdulillah,terima kà sih dgn perkongsian ini. Mudah2n tn memperoleh keberkatan dunia akhirat. Mogon share ya. Tq
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.