yes... yes... da berlapuk dah! ntah camner bleh terlupa post kat sini ekk? hi hi... actually gi holiday dgn famili ari tu 9 - 12 november 2011 last year. plan ke bkt merah, but ter jalan-jalan ke penang :) kami stay di bukit merah laketown resort hotel. dekat je dgn semua tempat, especially tempat makan & shopping :)

makan nyer ok... hotel nyer ok... sempat la rasa cekodok durian. kebetulan musim durian, kan... 

waktu ni saya di awal pregnancy. tak brape syok la jalan-jalan. ada berlaku skit pendarahan time kat bkt merah sebab lupa diri kat water park nyerrr... then, musim hujan plak kat area sana. time sedang seronok kat water park, tiba-tiba hujan turun dgn lebat giler! terpaksa la menyelamatkan anak-anak... then, time jalan-jalan kat penang pun, hujan lebat giler... but, sempat la tunjuk kan anak-anak dara berdua tu jambatan pulau pinang...

maka, dek kerana hujan and hujan and hujan... si ibu ni pun kurang sihat ~ pendarahan skit, tak byk la snap gambo utk tayangan :)


dlm bilik ~ best!
ada satu king bed utk ibu & ayah...
and single bed, yg part bawah tu bleh tarik keluar.
cukup la utk kami 4 beranak tido dgn selesa!


nurin & barang-barang make up, story books, mainan yg dibawa.
sebab ada katil masing-masing, dia pun susun la mcm kat umah hi hi...


 apa lagi... swimming la...


nurin...


syuhada & mamat, cucu sulung lelaki atuk & wan...


emak saya & cucu-cucu :)
the next day tu kitorang ke ecopark & water park...
aduuuuhai, penat sungguh ronda ecopark.
emak saya sakit lutut!!!
nak gi orang utan island at first... tak jadi!
sebab ptg hujan lebat!!!


atuk & cucu sulung :)


dari ecopark...
belakang tu water chalet at bukit merah.
mula-mula decide nak stay situ.
tapi alamak aii jauh nyer dari tempat makan!
mana larat emak abah nak berjalan.
diorang ada sediakan coaster...
but, ada time la...


nurin & burung kakak tua :)


then, kami ke penang. sempat la gi makan nasi kandar kat satu kedai yg best, abang ipar bawak. terus gi penang hill. last saya pergi dulu waktu sekolah rendah (1980-an). skang keretapi nyer da cantik... but, kat atas ni pun tak byk saya snap gambo... pergi tandas ~ sikit pendarahan. tak sihat... bila mamarazzi da tak sihat, gambo kurang ler!


punyer la ramai manusia beratur nak naik penang hill.
macam ular sama line nyer, belok-belok :)
sambil itu, wan layan la cucu-cucu makan ice cream.
saya suka sgt gambo ni!!!


ntah pe yg syuhada tgk tu, muncung jer lebih...
dari sini dpt tgk penang 2nd bridge, masih dlm pembinaan.
panjang daripada bridge yg sekarang...


before balik melaka, shopping dulu !


 da nama nyer perempuan, tertarik dgn barang perempuan juga ler...


bergambar kenangan dgn orang utan...


bergambar lagi... dan lagi...


kan dah kata tadi, gambar kat water park langsung takde, kan? frust juga saya... tapi nak buat camner. one thing about water park bukit merah ni ~ tak di maintain dgn baik! berkarat... dasar kolam byk marmar yg tercabut, kaki / tangan anak-anak bleh luka... ada part-part yg berkarat and tak function, tidak di remove oleh pihak pengurusan. apa kata kalau tong air tu terjatuh and hempap orang???! very bad la kan...

apa pun, holiday still best. bersama emak & abah, anak-anak buah, adik-beradik... masa utk bersuka ria! 

nota kaki :
saya berpantang nanti hingga end of october, insya'Allah. still dok fikir where to go nak bawak anak-anak bertiga, insya'Allah berholiday. mesti best! ada baby... mengenangkan musim hujan, lemah badan... but, demi anak-anak ~ nurin & syuhada ~ mesti holiday juga. tarikh da ada dlm fikiran ibu iaitu 12 - 18 november 2012 nanti. cuti panjang sempena deepavali & awal muharam. best! port dickson? damai laut? pulau pangkor?
what say u, mr. ayah?

Photobucket