nak citer... 1 jun 2012 lepas, management tadika syuhada telah bertukar dgn rasminya. saya dpt tau pun after 1 jun tu, owner lama call and inform verbally... ok jer la selagi yuran bulanan tak dinaikkan hi hi... tempat, yuran, waktu, cikgu semua sama mcm biasa...
met the new owner, ok. and syuhada dpt jadual waktu!!! selama ni tak pernah pun dpt jadual waktu. yg diketahui dari kul 8 pagi - 12:30 tghari dia di classroom. so, sekarang ni tau la whatever dia belajar kat tadika.
yg best nya ~ ada subjek bahasa arab :) i like...
ada satu post dulu-dulu saya mentioned yg saya agak tension sebab tak dpt nak ulangkaji bahasa arab dgn kakak nyer, nurin. ye la, saya dan mr.husben tiada basic in bahasa arab secara rasmi. skit-skit tu bleh la kan. so, saya memang tension bila tak dpt jadikan nurin berbahasa arab sebagus dia berbahasa malaysia dan english hu hu hu...
maka, for syuhada. if seawal ni da ada basic in bahasa arab, insya'Allah the next 1 tahun setengah tika dia masuk darjah 1, she'll be orait. i like... tq teacher mila (guru besar tadika baru)...
first day dia balik dgn homework bahasa arab nya, syuhada was so excited! kena tulis mulut (anfun) and telinga (uzunun) kat buku latihan. good girl, sungguh cute! and that night, saya agak busy cooking and lipating baju. saya suruh la nurin bantu adiknya... yg kelakar, nurin pun turut excited! ajar adik nya seolah-olah dia buka kelas tuisyen. diorang dua beradik dlm bilik. saya perhatikan je dari ruang tamu. alhamdullillah... rupa nyer baru saya tau nurin ada byk lagu in bahasa arab, membantu dia hafal bahasa arab. saya tak tau pun! tak pernah dia inform...
so alhamdullillah... anak-anak saya semakin hari semakin cerdik pintar. meskipun selalu buat saya jadik tarzan, dlm hati, saya kagum dgn mereka berdua. sekarang mengaji iqra' dgn ayah. nurin da iqra' 3. syuhada da iqra' 2. alhamdullillah...
disebabkan ini, aida nak mini GA utk semua readers, followers, friends & families.
just tempek komen korang di post ni ~ anything, terutama ideas utk nurin & syuhada kuasai bahasa arab dgn lebih baik. suggest any website bahasa arab utk anak-anak aida ke... anything.
jgn lupa tempek email korang ekk...
kalu dpt, invite le friends korang utk join ye min GA aida ni, tq in advance!
boleh la tempek komen dari ari ni hingga 11 julai 2012 depan...
hadiah nyer adalah 1 set buku-buku di bawah ni bernilai RM44.90...
>>>klik sini untuk info<<< Siri Mudah Belajar Dan Mengajar Bahasa Arab Al-Baghdadi Lughatul Jannah Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi
Mendedah dan melatih kanak-kanak terhadap perkataan-perkataan asas yang perlu diketahui sebelum mereka boleh menguasai Bahasa Arab melalui pendekatan Al-Baghdadi.
Harga Pasaran : RM34.90
Harga Ahli VIP : RM32.00 Untuk Usia : 3+ |
>>>klik sini untuk info<<< Buku Aktiviti Lughatul Jannah 1 & 2 Jalaluddin Haji Hassanuddin Al-Baghdadi
Buku Aktiviti Lughatul Jannah 1 & 2 merupakan sebahagian daripada aktiviti pengukuhan dan latihan menulis yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak untuk menguasai Bahasa Arab.
Harga Pasaran : RM10.00
Harga Ahli VIP : RM9.50 Untuk Usia : 3+ |
2 Comments
anak aida tadika kat mana yer?bestnye ada belajar bahasa arab
ReplyDeleteAssalam. Di minit2 akhir...:) Boleh kan nak join miniGA ni.
ReplyDeleteAnakanda saya juga belajar di tadika yang ada B.Arab. Alhamdulillah pada exam yang lepas dia dapat A(96%) untuk subjek ni. Pada saya itu permulaan yang baik untuknya.
Tips untuk kuasai B.Arab bagi kanak2 yang saya amalkan untuk anakanda saya antaranya ialah:
1) Tanamkan minat pd bahasa ni : bagitahu mereka kenapa kena belajar BA...sebab ia bahasa AlQuran, bahasa Syurga, bahasa Rasulullah dan yg difikirkan sesuai lah utk buat diorg faham...(kalau tak ada minat susah jg kan?)
2) Sejak umur anakanda setahun lagi sy suka belikan CD lagu yg ada bahasa arab dan dengarkan padanya. Rasanya semua kanak2 suka muzik. Sekarang sy download video kanak2 yg berunsur pendidikan dan pembentukan akhlak dari Youtube, trmasuklah lagu pelajaran BA. Hari2 mereka akan minta nak tgk video tu.
3) Saya cari gambar2 dari buku2 lama, gunting dan tampal pd kad manila...then tuliskan perkataannya dlm BA dan tampal kat dinding biliknya. Kalau boleh gambar2 tu biarlah selaras dgn pelajarannya di sekolah.
4) Sebenarnya kita (ibu bapa) sendiri juga kena ada minat pd BA dan berpenat sedikit agar anak2 pun nampak usaha kita. Insyaallah 'hasil tuaian' akan berbaloi.
5) Kalau website untuk anak-anak tadika belajar BA ni memang saya tak jumpa lagi terutama yg menggunakan b.melayu. Kalau ada pun website yg berbahasa arab.
Wallahua'lam. Moga perkongsian yg sedikit ini dpt membantu Pn Aida dlm mendidik anak2 belajar Bahasa Arab. Wassalam :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.