saya ni kurang taksub dgn hari ibu... hari bapa... valentine's day semua tu. lelebih lagi dikatakan semua hari-hari istimewa tu bukan hari-hari yg elok diraikan. tapi, nak citer skit al-kisah HARI BAPA yg akan dtg ni. hati saya ni terasa sayu sgt-sgt...
ikuti la kisah ini yg buat hati saya sayu...
"ada seorang ayah. ayah yang tidak mampu dari segi kewangan. pernah kaya, tapi, sekejap cuma. di samping ayah itu, ada seorang ibu. ibu yang amat taat, setia dan tahap kesabaran si ibu ini amat tinggi. ayah dan ibu ini membesarkan dan mendidik anak-anak mereka demi untuk menjadi orang yang berguna di masa hadapan. agar anak-anak mereka tidak susah dan mengharapkan belas kasihan orang lain...
mengenepikan segala kesukaran hidup! menolak segala onak dan duri kehidupan! tak cukup makan! tak cukup pakai! penghinaan dari saudara-mara... tiada tempat dalam dunia ini yang boleh si ayah dan ibu itu mengadu... oh! sungguh sedih. kejamnya dunia. sewaktu si ayah itu kaya, ramai yg menempel! waktu mereka susah, mencari duit, semua lari bertempiaran macam nampak hantu.
namun, anak-anak tak tahu itu. mereka bergembira meskipun ke sekolah guna baju second hand. berhari raya pun pakai baju orang sedekah... kasut sekolah? beli je kat kedai runcit, kasut getah!!! makan? telur goreng... telur goreng... telur goreng... kicap... beli roti kat uncle motor pun hutang! ke kedai runcit hutang! tapi, anak-anak tu maintain ceria... tak kisah... tak sedar kot hakikat dunia time tu.
kasih sayang? tak byk si ayah curahkan. pendidikan berdasarkan kekerasan. belajar... belajar... belajar... ayah akan buat pe je untuk anak-anak demi pendidikan. ayah yang diktator... anak-anak? ikut aje... tak ikut? belasah! si ayah pilih kasih... si ayah pilih-pilih anak. yg ni lebih sayang... yg tu kurang sayang.
ibu itu... sabar, tenang dan cekal membesarkan anak-anak meskipun dlm hati rasa sedih dgn tindakan si ayah... adakah hidup susah itu menjadikan si ayah amat kejam? demi utk menjadikan anak itu manusia, si ayah itu lupa akan hakikat kasih sayang, pilihan, rindu dendam, belas kasihan???!
ibu itu... tetap berada di sebelah ayah mempertahankan anak-anak. mempertahankan hak anak-anak. biar diherdik, biar diterajang, biar dilempang... setiaku di sini, suami ku... ku lepas kan anak-anak utk mereka bahagia. diri ku di sisi mu memendam beribu rasa...
doa ibu. restu ibu. anak-anak berjaya. masing-masing dgn kehidupan masing-masing. disanjung ramai. berjawatan tinggi. menjadi sebutan orang kampung. pendapatan? semuanya senang, alhamdullillah... apa ayah dan ibu nak? minta saje. tiada yang tidak dapat... si ayah mendabik dada, bercakap besar ke mana perginya.
hakikatnya, sedikit sebanyak... pendidikan dlm suasana kekerasan menjadi kesan yang mendalam pada diri anak-anak si ayah dan si ibu itu. pemberontakan dalam diri. ayah masih nak jadi diktator. masih lagi nak menentukan hidup anak-anak. seolah-olah anak-anak itu masih dalam genggaman nya! pilih kasih masih tak berubah. kini, pilih kasih terhadap cucu pula... hmmm...
anak-anak bergabung bersama. cucu-cucu rapat. apa-apa hal, sepakat. tapi kerana si ayah, anak-anak masih tak aman! ada ke ayah cari gaduh dgn anak-anak??! ada ke??!
ibu menjadi mangsa... buat kesekian kalinya si ibu memendam rasa! "nak ku lari, suami... nak ku buat tak peduli, anak-anak..."
mesti ada orang confused, nape ayah nak cari gaduh dgn anak-anak ye? pe hal?
- anak-anak profesional semua, tapi pendapat anak-anak tidak diterima. ayah pulak cakap byk. disangka anak-anak melawan!
- pilih kasih... baik mana pun anak itu, tetap si ayah tak suka. pelbagai cara nak singkirkan anak itu. anak itu masih di situ kerana si ibu. pendek kata, kiranya si ibu tiada lagi dunia, tiada la anak itu di depan mata si ayah... agaknya la...
- anak memberontak dlm diam. bila si ayah silap cakap je, apa lagi, anak itu meletup la... then, si ayah tu lagi meletup-letup. bukan nyer nak accept kesilapan dia.
di pandangan mata orang luar, si ayah la superman, batman, penyelamat masyarakat. adik-beradik si ayah kembali bertaut kasih dgn nya sebab sekarang si ayah da senang. si ayah terima dgn hati terbuka. tangan si ayah terbuka, duit dicampak ke mana saje... duit raya kpd cucu-cucu sedara sorang tak kurang RM50! hmmmm...
tapi, dengan anak-anak??! si ayah itu ibarat lanun!!! ibarat penjahat pemusnah dunia...!!! anak-anak dilarang jumpa dgn ibu... anak-anak diharamkan pijak rumah ayah... anak-anak dilarang balik raya... bodoh! tapi, mengenangkan si ibu, anak-anak tebalkan muka, selamba kan diri... utk mengucup tgn ibu. demi melihat ibu itu tersenyum gembira melihat anak dan cucu kembali ke pangkuan nya... "
wajarkah di kenang ayah yg sedemikian rupa?
wajarkah ayah itu disayangi?
dek kerana sejarah hidupnya yg susah, dihina, disisihkan saudara... wajarkah dia berbuat demikian terhadap anak-anak?
membalas jasa? mengenang budi? telah anak-anak laksanakan... tapi si ayah tetap memecahbelahkan keluarga! memisahkan ibu dan anak-anak... hak isteri dan anak tak pernah diberikan. wajarkah?
0 Comments
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.