pe yg saya layan sorang-sorang mlm tadi tanpa mr.husben tercinta ?
~ MasterChef Selebriti Malaysia ~
dr.faiz & salamiah hasan da out... |
saya ngaku yg saya ni tak le pandai masak. but, saya minat... dek kekangan waktu, jarang dpt masak masakan yg glamer gitu utk famili. setakat masak biasa-biasa je. channel AFC ~ 703 tu memang la jadi kegemaran saya & mr.husben... selain dari resepi masakan, byk tips masakan yg diberikan utk kita amalkan :)
azwan ali tu buat saya rasa tak selesa skit bila dia join MasterChef. sebab dia kecoh. but, according to mr.husben, tanpa dia may be MasterChef ni jadik boring skit kot sebab azwan ali tu kelakar juga kekadang... so, astro memang pandai la kan nak bagi satu program dia tu hot to the maksima... so ok la... yg penting saya suka tgk rancangan masak-masak ni. enjoy...
korang layan juga ke MasterChef ni? sabtu - selasa kul 9 mlm ye... jom la layan sama :)
then, yg ni baru je 2 episod saya tgk. baru terperasan da on air semula...
*
then, yg ni baru je 2 episod saya tgk. baru terperasan da on air semula...
~ ON AIR @ Astro ~
diari ON AIR - Rabu hingga Sabtu 10 mlm. penyingkiran bleh tgk on Ahad 10 mlm jugaks... |
as at now 1 tarik diri... 4 orang da kena singkir... |
yg sempat saya tgk dan saya suka la nak komen, nampak mcm diorang suka ekk puji diri sendiri. konon nyer diri sendiri bleh buat lebih baik dari calon lain. "kalau saya diberi task itu, saya pun boleh buat lebih baik dari dia..." ek'eleh... poyos! atau memang diorang kena buat komen gitu ye? tak tau plak saya... why not try to be rendah diri... puji kawan-kawan, jgn puji diri sendiri, baru org respek... ko da terpilih top 20 da cukup bagus...
*
ni kat channel oasis 106. byk2 reality programme, imam muda paling susah. nak masuk pun bukan senang! hafazan surah, bacaan Quran & hadith yg betul, suara yg sedap di dengar... bukan calang-calang orang bleh terpilih... ilmu agama di hujung jari. ni baru pencarian yg sebenarnya. malaysia ni perlu lebih banyak imam muda yg memimpin org muda yg semakin ramai hilang arah tuju hidup. insya'Allah...
tu la dia di antara program yg saya layan kat tv. time tu lipat baju, suap anak-anak makan. bila iklan je berdesup gi tandas, ke dapur, buat itu, buat ini :) apa pun, feveret channel saya iaitu axn tetap jadi pilihan utama :)
1 Comments
hi..salam kenal..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.