rutin biasa seorang ibu yang sudah sarat mengandung. menghitung hari, detik demi detik. sambil tonton tv, dok pegang perut kira gerakan baby. best! baby yg ni memang sgt aktif bermula dari usia dia 20 minggu. gerak-gerak sakan. i like!!!
jgn lupa... ari ni adalah hari pertama dlm minggu ke 36 saya pregnant :) semua sihat ~ ibu dan baby... alhamdulillah...
|
Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas.
Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)
Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. |
checklist ni berdasarkan pengalaman sendiri ~ ni nak sambut anak ke3 la kata kan hi hi hi...
BEG 1 - bilik bersalin
BEG 2 - ward
rasa nyer mcm da masukkan semua yg penting dlm list... hmmmm.... "ok aida, start packing dan jgn lengah-lengah!" moga Allah permudahkan segalanya buat saya dan husben...
5 Comments
semoga selamat hendaknya...
ReplyDeletewow excited kan nak sambut org baru, akak tumpang happy n berdoa semoga dipermudahkan segalanya
ReplyDeleteWAH DH SIAP NI..MIA PUN LUM SEDIA..GD LUCK
ReplyDeletehhhmm... tahun lepas aku.. tahun ni ko punyer turn.
ReplyDeletesemoga mama & baby selamat...
amin.
semoga dipermudahkan semuanya aida..take care
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.