alhamdullillah, nurin sukses dlm perjalanan puasa nya di hari pertama. meskipun jam 1 ptg tadi dia sibuk la bertanya, "bila la nak malam nih?!!" berulang kali juga nurin bertanya. saya & mr.ayah hanya buat don't know je. tak mau layannnn... as for adik syuhada, dia tewas! jam 1.30 ptg dia minum susu di bilik belakang & 1 pek cikidis... hmmm...
kul 4.45 pagi tadi memang both of them dikejutkan utk bersahur bersama ~ nasi, milo panas, sambal goreng kentang & telur goreng. syuhada makan abis!!! nurin yg separuh jalan makan tak abis, tak selera kot nurin. tapi, syuhada yg kantoi awal :)
maka spt dijanjikan ~ kakak dpt RM5 dan adik dpt RM2 saje (half day!)... upah menggalakkan berpuasa cukup sehari. praktis meks perfek kan?
bagi saya, aduuuuuuhai! sakit pinggang memuncak lebih kurang kul 11 pagi tadi. langsung tak boleh jalan. saya memang tak puasa, takut if terberanak tiada tenaga. so, terus mr.ayah panaskan sambal & nasi, saya lunch. minum nestum... alhamdullillah...
ptg tadi, gi jap bazar ramadhan dekat dgn umah je. hmmmmm saya langsung tak boleh jalan laju. setapak... setapak... setapak yang menyakitkan. rasa-rasa nyer baby da penuh kat area bawah ni. naik pening nak abiskan satu bazar ramadhan yg kecik tu hi hi hi... aduuuuuuuhai! sok lusa and seterusnya, tak payah la nyusahkan diri & mr.ayah sibuk nak gi bazar ramadhan hi hi hi...
![]() |
~ saya berjaya ~ |
![]() |
syuhada yg naughty ~ separuh hari !!! |
![]() |
menu berbuka kami 1 Ramadhan... mr.ayah yg masak tau ! |
bila la nak bersalin ni?
esok da cuku 39 minggu.
badan ku amat tak sihat dah... hu hu hu...
4 Comments
separuh pun takpe, kira ok le tu belajar berpuasa dulu. sama gak cam siratu, separuh hari dah merungut lapar
ReplyDeleteharap aida selamat bersalin.bersabar yea menunggu hari-hari ini.tahniah buat kakak yang berjaya berpuasa.
ReplyDeletep/s:nana tgk gambar aida dan anak-anak dia kata ini kakak aida.nak ckp kakak nurin.hihihi
yup kadang2 mmg kena bg upah utk bg galakan pada anak2 berpuasa,
ReplyDeletekita dulu2 org tua selalu berpesan, x puasa x dapat duit raya nnti..hihi
dah 39 minggu dah, moga dipermudahkan segalanya..
memula ni mmg perit sikit la. badan diorg nk biasakan berpuasa. lps seminggu nanti ok la tu...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.