syawal ke-8...
izzat da pun 30 hari...
alhamdullillah.

raya tahun ni ku sambut amat-amat sederhana. setakat ari ni, tak jalan ke mana pun. raya pertama umah mak di melaka. then ke rumah nenek di pulau sebang, negeri sembilan. raya kedua ke umah mak mertua di seremban hingga raya ketiga. dlm pantang le katakan, tak mau le lasak sgt, kan...

pagi raya...
tiada tema warna baju pun. ibu & ayah pakai baju lama... ha ha...

ibu & ayah bersama izzat :)
siang memang izzat tido je. mlm dia jaga!

ibu & anak-anak dara...
kami bertiga wajib posing bersama tak kira function pe pun :)

terkenang pula kata-kata nurin semalam ~ "tak best la, tak gi jalan-jalan raya....

aku senyum jek pandang nurin dan reply ~ "maaf kan bu ye kak. camne bu nak bawa kakak & syuhada jalan, ibu tak sihat. baby izzat pun small lagi. akak faham, kan... bu promise, bila bu da sihat, kita ajak ayah gi jalan-jalan & shopping ye..." nurin just diam...

memang terpancar kebosanan di muka 2 orang anak dara aku tu. sejak balik dari rumah nenek diorang kat seremban, tak jalan beraya mana-mana pun. terperuk di rumah. main je kat laman. sedih plak tgk mereka... tapi, pe bleh ku buat. da inform mr.husben ~ "ayah, nanti kalau ada member-member u buat open house, wajib gi ye bawak anak-anak. sian diorang..."

tu jer la kisah aidilfitri kami sekeluarga setakat ari ni... aku dlm pantang. mr.husben yg byk bantu urus kan rumah dan masak-memasak. aku dan mr.husben sama-sama penng-pening lalat dek kerana tido tak menentu. izzat bangun mlm! start mlm ni, aku yg on call tgh mlm uruskan izzat. sebab, sok mr.husben da start keje. karang tertido plak kat ofis hi hi hi...