28.1.2013
umur : 6 bulan
i love u.
ibu & ayah akan buat yg terbaik utk izzat.
kakak-kakak & izzat harta ibu dunia akhirat...
kita ambil teladan dari kisah adik William Yau Zhen Zhong.
usah disalahkan ibu bapa william or sesiapa, da itu ketentuan Allah.
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa di atas segalanya...
Klang: Mayat William Yau Zhen Zhong dituntut keluarganya dari rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pagi tadi.Ibu bapa kanak-kanak itu kelihatan di hospital berkenaan dalam keadaan tenang tetapi tidak dapat mengawal perasaan ketika mereka 'memanggil semangat' anak mereka untuk mengikuti mereka. Ibu William yang memakai baju berwarna hitam dan seluar pendek warna putih, membawa patung yang bertulis nama anaknya dan sebatang gaharu, manakala bapa kanak-kanak itu memegang bahu isterinya sambil memasuki rumah mayat berkenaan kira-kira jam 10.20 pagi.
Difahamkan, mayat William akan dibawa ke Bukit Jelutong, Melaka untuk upacara pengkebumian kira-kira jam 2 petang ini.Terdahulu, ibu bapa kanak-kanak itu menjalankan upacara ringkas di Jeti Sungai Sireh sebelum menuntut mayat anak mereka.-Disiarkan kat MyMetro 28.1.2013-
2 Comments
heppy 6 months old izzat =D
ReplyDeletehappy 6 month izzat...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.