JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda....
sgt tertarik tang 'urusan dunia' tu...
saya ni memang amik peduli sgt urusan keje la, rumah la... kalau ada masalah memang naik 1001 tension. jadi pemarah la, baran tak tentu pasal la... hmmmmm...
kalau difikirkan, memang boleh jadi gila!!!
sabar wahai aida... dunia itu sementara...
7 Comments
sangat suka dgn 'jangan'2 tu....
ReplyDeletesatu peringkat yg elok buat kita semua kannnn...
thanks share.. sy br tau yg psl pakai selipar berlainan tu... :)
ReplyDeletebaru saya tau pasal sepatu tuh. kdg2 ada juga pakai yg berlainan bila tak jmpa psgnnya, tp kat rumah je la.
ReplyDeletethanks for sharing . Diri banyak kekurangan , kadang-kadang yang Jangan itu jugak yg dibuat .
ReplyDeleteharap2 boleh kurang2kan lagi banyak jangan... utk peringatan diri sendiri juga...
ReplyDeleteaida pun baru tahu pasal selipar tu. tu baik nyer kita sharing info. semua dpt maklumat :-)
ReplyDeletebila dah kata JANGAN tu jgn la. ada plk yg memandai kata ye.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.