TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK:
Putrajaya, 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.
Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA
bahaya ada di mana-mana. ajal maut itu di tangan Allah. dalam kita menunaikan tanggungjawab seharian sebagai penjawat awam dlm jabatan penguatkuasaan ni, sesungguhnya memang terdedah kepada bahaya sebegini rupa. namun, segalanya pasti di tangan Allah...
diharapkan agar PDRM dpt la buat siasatan segera dan lengkap tentang kes Allahyarham Datuk S ni. Datuk S ni memang seorang yg tegas. jgn nak main-main cakap dgn dia. dia tahu apa yang kita patut tahu. garang!!! garang berprinsip demi pungut hasil negara.
Allahyarham adalah org no 1 dlm department import/eksport & cukai dalam negeri, kastam malaysia ni. 2 department la tulang belakang kastam. pungut hasil terbesarrr!!! pernah 3-4 kali datang melaka untuk beberapa majlis penting.
time keje - tegas. tapi hati baik, bak kata bos saya...
al-fatihah sekali lagi buat beliau...
0 Comments
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.