jumaat minggu lepas, gi mydin, nak belikan syuhada kasut sukan. dia nak attend hari sukan tadika dia. member ada ckp yg restoran ni da buka kat mitc. rupa nyer kat mydin, elok sgt la... kami pun layan la 5 beranak...
memang saya tak amik gambo makanan ye, maaf byk-byk. asben tak brape suka if amik gambo makanan and tayang kat blog / fb ha ha ha... i followw... suasana restoran nyer ok. selesa. ada tv citer kartun upin & ipin, anak-anak asyik ler tgk tv...
makanan nyer mahal!!! saya tak expect ia mahal mcm tu. standard harga windmill or secret recipe tu. kan ke ia utk anak-anak, kan? hmmmm da le syarikat melayu kita, shud be cheaper la. bagi peluang ler kat rakyat malaysia yg kurang pendapatan gitu. antara menu yg saya pilih mlm tu :
- nasi putih & daging masak merah
- nasi putih & daging black pepper
- fish & chip
- air botol 2 utk anak-anak
- fresh orange
- fresh watermelon
semua sekali RM60++... utk kategori restoran berkonsepkan kanak-kanak gini patut nyer lebih murah. anak-anak da berlari nak dinner kat sini, takkan parents nak kuar balik after tgk menu hu hu hu maluuuuuu...
then yg syahdu nyer, kami dtg at about 9pm, time adik tu nak amik order siap dia cakap lagi ~ roti da abis, nasi lemak da abis, nugget da abis, itu da abis, ini da abis,... saya pun terkedu beberapa saat. hmmmm supermarket mydin tu hah tak sampai 2 minit jalan, ko beli la. nape plak ckp kat customer da abis??! save bajet ler gamak nyer...
layan gambar ye...
![]() |
lenkali beli la... harga nyer tak hengat!!! |
![]() |
nak beli, lenkali juga la... mahal! |
![]() |
anak-anak share berdua 1 pinggan fish & chips tu. tu pun x abis. kurang fresh ikan nyer. so,anak-anak makan tepung kat luar salut ikan tu je. hmmmm... |
uolls if nak try, ok jer. rasakan sendiri. kami pun akan ulang tayang dtg makan kat sini lagi kot. utk anak-anak jer la.
bye...
5 Comments
amboi smp 60 hinggit..huhu tengok dari jauhhh jelahh...mahal kemain! ;)
ReplyDeletemati la kalau nk beli barang dapur kat sini. hadoi!!!! huhuhu
ReplyDeletewah..kalau makan je tak pe kalau kena beli barangan boleh tahan harga dia ya..
ReplyDeletesecret resepi lg le teruk reganya tp makanannya sedap..
ReplyDeleteOoo..kat melaka pun dah ada restoren upin ni. Kalau dulu penah makan di cawangan putra height, bg saya mmg tak sedap dan tal berbaloi dengan harga. Tapi kawan2 kata yg cawangan shah alam, sedap.. Apa pun yg penting sedap di tekak anak anak
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.