sempena nak gi BBQ, ibu beli kan tudung baru utk kakak-kakak... |
ari ni last day anak-anak dara di atas berBBQ di ALC (al baghdadi learning centre) bukit katil :-)
after da hampir complete 5 bulan nurin & syuhada join mengaji di ALC bukit katil, baru now nak citer la pasal tu.
sgt seronok nak citer sebab before saya buat keputusan utk they all da join BBQ (bengkel bijak al quran) (klik link ye, wajib!!!) minggu ni, saya bertanya dgn ustazah terlebih dahulu prestasi diorang, terutama syuhada...
now, diorang belajar tamhid al baghdadi.
nurin terus masuk kelas tahap 1 ~ because nurin da boleh membaca.
syuhada plak masuk pra ~ da kenal huruf, boleh baca tapi tak lancar.
according to ustazah :
- nurin sgt bagus. dia boleh membaca dgn lancar dan lengkap. sebutan nurin juga jelas. dia mudah faham. alhamdulillah...
- syuhada pula, memang sgt aktif dlm kelas. apa-apa pun kebanyakan nyer dia jadi ketua. talkative sgt!!! syuhada pun bakal naik tahap 1 tak lama lagi sebab dia juga da boleh membaca ayat al quran yg pendek. huruf dia da kenal. alhamdulillah...
TAMHID AL-BAGHDADIBuku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
- Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
- Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
- Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
- Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
- Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.
- Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
yuran bulanan hanya RM50 seorang, berpatutan...
ni hah bahan yg diberikan utk nurin & syuhada masuk kelas tiap minggu.
ok, diorang suka...
alat ketuk nyer... |
buku tamhid dan buku2 aktiviti... |
:-)
10 Comments
skarang ni mcm2 teknik membaca kan sis : bahgdadi, iqra', qiraati...
ReplyDeleteanak2 diajar dari kecil cepat skit pickup nya....
bagus tu ....
syabas to both your kids....
mcm2 teknik skang yer. yang ni yg macam dlm astro oasis tu kan.
ReplyDeleteskang nie mcm2 teknikkan utk belajar mengaji
ReplyDeletebagus jugak info nie
menarik.. idlan besar sikit nti nk hantar ALC jugak la..
ReplyDeleteyes...
ReplyDeleteqiraati = iqra'
lebih kurang dua-dua tu.
nurin pernah belajar qiraati kat taska 4 tahun.
iqra' kat umah...
now al-baghdadi...
ni lain...
bagus kan, tp saya masih mengajar anak2 mengaji sendiri di rumah
ReplyDeletetahniah nurin n syuhada... baguslah al-baghdadi ni. dekat dgn rumah ye kelas tu aida?
ReplyDeletekat bp ni ada juga cuma jauh sikit dari rumah.
bestnye...sy pn nk antr anak sy gk. harap-harap dia dapat belajar dgn lancar, insyaAllah =)
ReplyDeleteBestnya...nak hantar anak juga nt hafaz quran
ReplyDeleteAPC di Alor setar Ada di Kawasan Mane ye?
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.