one week before tu nurin da maklum kan yg kelas dia terpilih utk persembahan senamtari, salah satu acara pembukaan depan VVIP sekolah.
saya izinkan. memang saya galakkan dia involve dlm apa jua program sekolah.
byr RM5 je utk cikgu sediakan pakaian...
then selasa lepas, jerebu di melaka terus jadik teruk.
ibu : "kakak tak payah la masuk senamtari ye, sayang. jerebu la!!!"
nurin : "ala ibu. semua kawan nuwin masuk tau. boleh la ibu. kejap je..."
ibu : "jerebu la kakak. nanti kakak demam, susah ibu ayah!"
hmmm kesian plak kat dia... tawakal jer la. ibu ayah izinkan wahai kakak nurin...
ibu yg over ni kul 12 tghari da sampai ... padang kosong ! |
nurin la inform saya, kul 12.30 tghari start da senamtari dia.
dia suruh saya sampai kul 12 tghari tgk dia make up.
da betul da kul 12 tu dia make up. tapi sukan tu start kul 2.30 ptg !!!
persembahan senamtari dia plak lebih kurang 3:00 ptg !!!
disebabkan malas nak balik rumah and dtg balik, saya lepak la kat kantin sekolah nurin...
sib baik ada wifi free... layan pesbuk la jap :-)
perbarisan rumah sukan... |
ibu da mengantuk!!!
bila diumumkan persembahan senamtari, baru naik semangat si ibu ni hah...
yeszaaaa :-)
guru besar dia inform la pada public, yg sepatutnya sukan ni patut ditangguhkan.
jerebu teruk kan! jejas kesihatan murid-murid.
disebabkan da takde tarikh lain yg sesuai... dan ditakuti ganggu masa murid-murid, sukan tetap dijalankan.
moga tiada apa-apa berlaku la in shaa Allah...
spt yg saya citer dlm post sebelum ni, kul 2.30 ptg taska call ~ izzat demam panas!!!
after nurin abis je, tak sempat nak lepak makan-makan, terus tangkap dia bwk balik.
and terus amik izzat bawak ke spital pantai...
saya amik video 75% dari persembahan nurin tu.
nak dibuat kenangan...
and pembakar semangat utk dia terus involve aktif dlm program sekolah :-)
alhamdulillah nurin kekal sihat lepas tu.
suruh dia minum air byk, jgn minum ais...
baru pagi tadi nurin pass kat saya hadiah ni. da 1 minggu sukan abis, baru la dia teringat... sib baik tak basi rantai emas awak ni kakak nurin sayang oii... |
5 Comments
meriahnya
ReplyDeletemeriah
ReplyDeletetapi di sekolah anak2 kak .. sukan ditunda hujung tahun ..
sbb kan jerebu nielah , alhamdulillah
Semangat tul Nurin :)
ReplyDeleteTP berbaloi dapat pingat emas ;D
Ieda immi - tu la. Patut nyer dtangguhkn. Tp skola tak mau. Tu yg aida pantau :-D
ReplyDeletemmg waktu tu jerebu teruk kan..nasib baik mereka xder apa2..huuhuh
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.