sgt suka bila weekend da hampir.
maklum la, saya ni ibu bekerja. diakui takde masa byk utk anak-anak isnin hingga la jumaat.
curik-curik masa utk bersama mereka bertiga :-(
tiap hari keje kul 6 pagi da tegak berdiri kat mana-mana area rumah, samada sedang menggosok baju atau cuci baju atau kemas beg taska izzat & syuhada atau ... mcm-mcm lagi la :-)
7.15 pagi nurin & syuhada da dibawa oleh mr.asben ke tadika / sekolah.
bye bye sayang-sayang ibu!
7.40 pagi pula, izzat da pun didukung oleh teacher di taska dan ibu bye bye izzat pula...
paling awal, kul 5.40 petang baru saya muncul depan taska, amik izzat & syuhada.
if tak masak and just beli dinner, ok la. dpt gomol izzat depan tv ke, bwk jalan-jalan keliling umah ke, ...
syuhada da confirm main basikal dgn anak-anak jiran...
nurin sekolah agama isnin - rabu, kesian anak sulung ibu sekolah sampai kul 6.15 ptg :-(
malan jer la bersama diorang.
tu pun paling lewat kul 10 malam saya da kerah kakak-kakak masuk tido...
beberapa jam je sehari!!!
hmmmm... so, mcm-mcm idea sometimes dtg nak happy kan hati anak-anak...
tu pun sesekali buat ha ha... idea byk but nak execute tu kadang-kadang byk masalah ha ha!
one day, last 2 weeks, saya buat kan surat utk nurin after cek exercise maths dia.
surat tu utk nurin ~ ada kesilapan kecil and saya minta dia betulkan dlm exercise tu.
until today nurin simpan surat di atas tu.
sayu hati saya... nurin amat sentimental tau uolls :-)
then, last week seperti biasa saya gi family store beli brg dapur.
terjumpa box hello kitty ~ RM10 each.
beli kan nurin & syuhada...
before gi keje, saya letak atas meja study diorang :-)
dgn surat sorang satu...
and petang tu, saya balik dari keje, seperti biasa la buka jam letak atas dressing table.
terjumpa satu nota and sebatang pen biru...
from nurin...
nurin balik je dari sekolah agama ptg tu, terus dia tanya saya, "ibu nampak tak sesuatu kat bilik ibu?"
tanpa lengah terus saya peluk dia yg busuk tu ha ha ha...
"ada, tq kakak... ibu suka sgt..."
"pen tu win bagi ibu, nuwin da byk pen. nuwin tak tahu nak hadiah kan ibu apa..."
terharu nyer!!!
syuhada pulak ~ "ibu ni baik la... adik suka kotak tu ibu!"
ibu & anak-anak berbalas surat cinta... so sweet!
diorang if dpt hadiah dari saya or ayah nyer, memang sungguh gembira...
dari nurin pandai menulis, umur 4 tahun nurin da ada sentimental value!
syuhada da mengikut cara kakak yg sentimental...
byk surat cinta sebenor nyer saya simpan.
ada kotak khas...
byk kan? semua saya simpan rapi...
ibu sayang kakak & adik ketat-ketat!!!
2 Comments
Alahai sweetnye ibu ngan anak ni. Nk buat mcm ni jugak la bila saif da pandai membaca n menulis nnt.
ReplyDeletenadt ~ yes. komunikasi yg romantis!
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.