sila la free kan diri klik semua di bawah if baru first time terjah blog aida ni :-)
lepas lunch di kak sah kitchen tu kami tak balik hotel, terus menuju ke NORA PLAZA.
sini kami tak shopping apa-apa, sebab mahal!!!
just beli gambo ni yg diambil time kami turun bas tadi :-) 10 baht je.
tersenyum lebar saya time tu :-) ha ha ha... |
then, from there kami terus ke satu kedai jual local food. layan gambo ye.
tak tahu pe nama kedai nya sebab tulisan thailand!
kat sini aje kami shopping brg makanan thai sebanyak 1,580 baht !!! terkejut mak time bayar tu. sib baik cukup duit ha ha ha ha ha ha ha...
mcm-mcm jenis kekacang... |
perisa tomyam uolls ~ da nama nyer thailand, tomyam jer la... tapi saya tak beli! |
busy memilih makanan... |
hasil tangkapan! pes tomyam, lempuk durian, kacang, keropok durian, keropok labu & sotong kering :-) |
then, lepas da menghabiskan duit, bas terus bawak kami ke ICE DOME.
toutist guide tu inform bahawa ice dome bakal ditutup utk pengubahsuaian on 30 sept 2013 ni.
akan ditutup lebih kurang utk 2 tahun!!!
saya tak masuk ice dome pun ~ demam kan :-)
tapi kalau tak demam pun tak berminat nak masuk.
sejuk nyer -15 darjah celcius! kat snowalk i-city yg baru -5 darjah celcius tu pun da tak tahan...
majoriti dlm bas tu semua masuk ice dome...
kami lepak luar nyer aje...
di luar ice dome tu mcm ada mcm2 perhiasan... amik peluang bergambar di satu taman buatan :-) |
from ICE DOME, kami terus ke KHLONG HAE FLOATING MARKET.
hmmmmmm sekejap je di floating market ~ frust giler!
kami sampai dlm jam 6 petang. diberi masa 45 minit aje.
tension!!!!!!!
kelam kabut saya dan mr.asben di floating market tu.
tak dpt nak rasa semua makanan yg sungguh la menarik perhatian...
ramai orang!!! penuh... |
so unik cara dia bagi makanan and bagi bayar duit... saya pun tak lupa la suruh asben snap gambo time saya nak membayar tu :-) |
terbaeeek kuey teow akak ni... best! saya beli semangkuk kecil share dgn asben :-) |
hanya 45 minit aje di floating market! tak adil!!!
dgn perasaan frust tak dpt lama di floating market, kami balik ke hatyai.
mlm tu saya dan mr.asben tak terus balik hotel, kami jalan kaki sepanjang lee garden...
nak cari sutera thai... tak jumpa!
terus lepak jalan-jalan beli skit lagi souvenir :-)
nak abiskan duit yg tak berjaya diabiskan ha ha ha ha...
naik tuk tuk... sorang 20 baht ajer ye... |
1 Comments
dok teringin la nak pi kat floating market tu. ntah bila la nak sampai. sangat sangat unik tengok dorang berniaga.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.