skang ni saya di perak :-) ada lawatan ke kastam perak.
lawatan PEWAKAS...
then frens perak nak ajak kami ronda ipoh & gi retail outlet AKEMI...
first time jugak saya update blog dlm bas guna note II ni hi hi hi...
kat rumah x dpt nak concentrate langsung!
busy dgn anak-anak...
sometimes tu tak peduli kan diorang try to concentrate nak tgk PISA ni.
but, terdetik dlm hati ~ sampai hati ibu!
da le seharian tinggalkan anak kat taska, bila balik sibuk nak tgk tv!!!
maka ku korbankanlah tv itu.
during free kat ofis, tugasan selesai, menggoogle la episod yg lepas-lepas :-)
nice la citer PISA ni
hiburan keluarga... very nice...
pelakon pun semua tak menyakitkan mata ~ cantik & hensem semua :-)
Drama ini mengisahkan Afina(Nur Risteena), gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar, Afisya (Cha Cha Maembong) yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita Adrian.
Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina, lalu membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina.
Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat.
Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati suaminya dan menjadi isteri yang taat. Di saat Adrian membuka pintu hatinya untuk Afina, dia telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apa kesudahan drama bersiri ini?
ari ni x dpt tgk la.
target tiba di melaka paling cepat pun kul 9 mlm...
ntah apa la si fisya tu nak mendajal kan fina dan adrian kan?
hmmmmm memang mental :-(
0 Comments
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.