so sweet 2 anak dara ni :-) saya memang suruh both of them pegang tangan masuk dan keluar skola. akak jaga adik... adik ikut akak... |
sungguh ceria anak sorang ni :-) good luck ye syuhada sayang... |
semalam ari pertama nurin & syuhada skola agama...
and ari pertama la diorang tak cukup masa nak lunch, mandi, bersiap!
dulu nurin sorang, ok la...
ni bila berdua, nak masuk toilet kena bergilir...
nak makan, diorang sure nak borak ~ jadi lambat...
tak kira lagi diorang dok bergurau senda dua beradik!!!
semuanya amik masa...
saya sebagai ibu ni la dok remind diorang pasal masa sepanjang masa :-)
abis skola kul 1.05 ptg.
gitu gini sampai rumah kul 1.30 ptg.
kul 2.15 ptg nak kena keluar rumah ke skola agama...
so, dlm masa 45 minit diorang berdua kena siap makan, mandi dan bersolek...
memang kesian saya tgk...
ibu cuba yang terbaik utk korang berdua tau.
ibu bukan nak seksa, tapi semua ilmu ni amat perlu utk korang.
ilmu dunia...
ilmu akhirat...
ibu & ayah tak cukup masa dan kurang arif nak ajar korang.
ibu & ayah perlukan bantuan luar...
ni semua lambang kasih sayang ibu & ayah yang tidak bertepi!
p/s : al-kisah syuhada skola hari pertama di skola agama... semalam jugak la syuhada balik skola agama dgn kecederaan di siku kiri. katanya dilanggar oleh sorang anak lelaki yg berlari! syuhada tersungkur ke jalan dan kena siku kiri nya. hmmmm nangis syuhada panggil ibu, nurin inform saya :-( sib baik baju skola tak koyak sayang oii...
and semalam jugak la syuhada balik pakai tudung org lain. before balik, diorang semua akan solat asar dulu di masjid. tatkala tu la dia tak jumpa tudung dia semula lepas amik wudhu'... bebel juga ler saya dlm kereta! tapi, nak buat camne... da jadi!!!
8 Comments
kalau sekolah sesi pagi petang ni mmg mencabar nak susun jadual.. kelam kabut dibuatnya..
ReplyDeletekesian syuhada..
bak kata my hubby, ibu yang terover letih tengok anak anak. benornya tu je pun kerja anak anak. balik sekolah pergi sekolah belajar . hahahaha...
ReplyDeleteye la kan, as a mother kita ni mudah kesian tengok anak. anak lapar kesian, anak rushing kesian. nak wat cam ne kan, nama pun ibu..hiksss..
tapi..ini semua pengalaman yang sangat manis. different people having a different exp.
Sweetnya pegang tangan macam ni...
ReplyDeleteKesian Syuhada luka kat siku.. Moga cepat sembuh ye
Kak, Alfalfa tu boleh je nak amik.. akak boleh jarakkan ambilan. Cth 2 jam
ReplyDeletesama juga dengan anak2 akak..tahap kebizian tang balik sekolah kebangsaan then nak pi sekolah agama pulak..memang macam lipas kodong gamatnya hehe..:D
ReplyDeletesalam kenal, follow sekali :)
Bestlah kakak satu skolah ngan adik. Ada gang.
ReplyDeletebila mlm macam ayam kena sembelih... terlentok tidur.. kesian tengok.. anak mama pun sama, pagi, petang malam...
ReplyDeletekesiannya dgn syuhada... harap2 cepat sembuh ye.
ReplyDeleteanak2 yg sekolah pagi ptg mmg camnilah gayanya aida. dorg ni pun bila balik rumah jadi cam lipas kudung sambil mulut ummi ni bebel suruh cepat siap. kat sini 3 org sekali harung... triple huru haranya...
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.