harap maklum ni gambo lama :-)
gambo 2-3 bulan lepas!
tiba-tiba rasa nak post sini sebab teringin makan durian !!!
tapi, tak jual di mana-mana plak kat melaka ni...
tak musim kot :-(
3 biji... 2 d24 dan 1 durian kampung...
sedap!
cukup la 3 biji kami ber4 beranak.
ijat tak makan :-)
skit info pasal durian nak tempek sini utk pengetahuan :-
- 1 ulas durian = 50 kcal. tak tinggi kalori sgt :-)
- kolestrol ?!! tidak ada. sebab kolestrol hanya dtg dari sumber haiwan :-)
- 1 ulas durian = 1-2g lemak saje. tu pun bukan lemak tepu!
- 1 ulas durian - 10g gula...
- bau nyer memang kuat ~ kebanyakan kenderaan awam tak bagi bawa naik durian :-(
- selain makan gitu aje ~ boleh buat tempoyak, bubur kacang durian nyum nyum nyum!
- makan banyak ~ badan panas!!! ada saya terbaca, nafsu seks meningkat ha ha ha...
p/s :
saya biasa jugak beli durian kat jusco.
satu polisterin tu biasa nyer dlm RM30.
ok la makan 4 sekeluarga :-)
cukup kenyang dan puas hati!
5 Comments
Assalamualaikum kak, ahhaha boleh pula badan panas nafsu mencanak naik? hiehwiew lama tak jamah durian sejak mengandung ni ~~~
ReplyDeletesdapnya durian..:)
ReplyDeleteI love Durian .... :)
ReplyDeletesy tak makan durian cenggini tapi durian crepe,pengat durian sy hentam..hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah... Makan banyak pn bdn tak panas.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.