assalamualaikum & salam sejahtera semua...
tertunda lama citer pasal holiday cuti skola ari tu (27 - 29 mac 2014) 😄.
alhamdullillah. Allah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga. dapat bwk anak-anak ronda kotaraya KL cuti skola lepas. cuti skola pun seminggu aje, tak jauh langkah la. lagipun planning pun last last minit!
nak gi khamis, book hotel jumaat sebelum tu, less than 7 days 😄. tu pun nasib baik, Allah buka jalan, ada 1 lagi bilik deluxe king yg kosong di Impiana KLCC Hotel.
memang nak stay situ 3 hari 2 mlm. nak bwk anak-anak ke KLCC and Bukit Bintang. alhamdulillah ada government rate. instead of RM430+ jadik hanya RM350+ 👌.
jom layan gambo Impiana KLCC 👇
![]() |
meja eksekutif gitu. tempat pertama anak-anak dara terjah 😃 |
![]() |
tempat ayah dan anak teruna nya berehat 😊 |
![]() |
king size bed 👍 saya amik 1 extra bed. |
![]() |
paling memikat hati saya ada penimpang. iron board. steam iron. |
![]() |
terbaik 😃 ada 3 laundry bag and 1 shoe bag. semua saya bw balik utk digunasemula. |
![]() |
special 😍 |
memang cukup-cukup puas hati! bilik amat best dgn view yang cantik. mcm-mcm ada dlm bilik tu.
![]() |
view petang dari tingkap bilik. hampir senja. |
![]() |
view klcc senja. |
![]() |
kereta byk! |
jumaat tu kami seharian di KLCC, jelajah Aquaria dan Petrosains... sungguh letih tapi amat seronok! keluar bilik kul 9 pagi. sampai bilik semula exactly before maghrib! 😅 seharian di luar hotel... ingatkan mlm tu nak jalan kaki ke bukit bintang. cancelled! anak-anak dara tido awal 😴.
![]() |
sempat la snap gambo connecting bridge dari Impiana Hotel ke KLCC dan Bukit Bintang. nak sampai KLCC dlm 10-15 minit. maklum la, ada baby & kanak-kanak. |
![]() |
tunjukkan syuhada, "tu hah nun jauh KLCC tempat kita jalan-jalan tadi!" |
sabtu tu, nak turun breakfast... kami santai-santai aje. takde nak ke mana, just nak lepak swimming pool. terbaik impiana ni, setiap level ada penyambut tetamu kat depan lift tau 👍.
kami breakfast di tingkat 15, western food.
![]() |
balik bilik kekenyangan... sungguh bergaya izzat berjalan, kan? |
mari kita pergi mandi pool 😎😎😎. yeszaaaaa...
best!
in shaa Allah asben kata nak stay sini lagi.
nak rata Bukit Bintang plak.
kali ni memang tak sempat ke Bukit Bintang 😄👌.
in shaa Allah asben kata nak stay sini lagi.
nak rata Bukit Bintang plak.
kali ni memang tak sempat ke Bukit Bintang 😄👌.
2 Comments
wah!nmpk best je....:)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, comel gaya izzat berjalan tu. hihi bestnya jejalan tidur kat hotel kl. sheila yang duk dekat sini pun lama tak jejak bukit bintang. heeee
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN : Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Sila berfikir dengan waras sebelum menaip apa-apa komen.
Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan/atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen oleh "unknown profile" juga tidak akan disiarkan.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.