assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊
part 1 | Impiana KLCC Hotel memang terbaik !!!
part 2 | ronda-ronda Aquaria KLCC :-)
lepas je kami kuar dari Aquaria KLCC, terus kami berjalan ke arah Suria KLCC. jauh juga! sib baik ada air-cond sepanjang jalan. and terjumpa mural Petrosains yg menarik. apa lagi, dua dara jadi model la. kita abadikan gambar di sini dulu.
jam 1:15 petang. sampai je di kaunter Petrosains tu, after beli tiket, katanya boleh terus masuk 😄. tak jadi nak gi makan tengah hari dulu. bcoz the next group boleh masuk adalah kul 3.30 ptg. aduhai, nanti sekejap je plak dpt spend masa dlm Petrosains. mujurlah anak-anak masih kenyang sebab breakfast tadi diorang makan nasi goreng.
after letak barang dlm locker (free!), terus beratur nak masuk 👇
skit informasi tentang waktu buka & harga tiket nak masuk Petrosains. kami dpt harga family packages iaitu RM30. jimat RM10 alhamdulillah. |
ni pelan kawasan Petrosains yg luas. sgt luas! 👍 |
sila beratur ye anak-anak. nak naik kiub bulat kaler hitam. |
Petrosains ni adalah umpama sebuah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas. Petrosains ditubuhkan pada 25 Mac 1999 mempamerkan ketakjuban sains dan teknologi. keluasan Petrosains adalah lebih 70,000 meter persegi dan terletak di aras empat pusat beli-belah Suria KLCC. Di sini pengunjung dapat belajar mengenai pembabitan Malaysia alam industri minyak. Ia dimiliki oleh Petrosains Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas.
dalam Petrosains ni ada byk bahagian yang menarik. memang anak-anak perlu explore satu-persatu. rugi kalau tak spend banyak masa dlm ni. best!
THE DARK RIDE
naik kiub bulat ni. sorry gambo tak terang dan jelas. snap dgn phone le kata kan. ni pun gambo orang yg dok dlm tu sebelum kami naik 😄 |
kiub bulat hitam tu umpama titisan minyak petronas. sgt simbolik entry and exit dari Petrosains ni, naik kiub ni... gelap!!! ada cahaya untuk tunjuk hutan tropika malaysia dgn bunyi burung & cengkerik. best! ada air terjun. nice pencahayaannya. then lautan luas. and lastly, transformasi Malaysia 😍.
so nice...
ni gambo org lain tau. gambo kami dlm tu takde sebab 5 sekeluarga semua masuk dlm tu! best!!! rambut izzat yg kerinting, masuk je dlm tu, terus lurus dek ribut yg sgt kuat 😄! |
PETROJAYA
kat sini apa yg saya lihat ialah kampung kartun. ada kartun yg cute di sana sini. kedai runcit la, kedai video la, tempat tunggu teksi la 👍 ada few ilmu sains yg sgt sgt berguna kpd 2 dara tu.
GEOTIME DIORAMA
anak-anak dara sedang ikut TRex ni nyanyi lagu rap. singing TRex ! 😄 |
kat sini pula, di bawa nyer kita ke zaman dinosaour juta-juta tahun dulu. asal-usul bumi, udara, fosil, ...
pelan petunjuk arah 👍 |
jgn risau, setiap tempat ada petunjuk mcm kat atas ni. kita tahu kita skang berada di mana.
dan brape jauh lagi perjalanan kita hingga ke hujung petrosains. kat mana tandas, tempat tukar lampin baby, tempat rehat. sgt selesa sgt lah Petrosains.
gunung berapi !!! |
EXPLORATION
kat sini plak ada byk la ilmu tentang teknik dan tools yg digunakan utk cari petroeum la konon. sgt menarik 😍.
SPARKZ
and masa ni Syuhada & Nurin da kepenatan. so tak dpt saya nak tunjukkan betapa bestnyer 4 screen tu.
bila saya di situ takde org nak amik gambo saya ha ha ha ha... mr.asben pula busy dgn izzat 😀.
Izzat di mana ???
Izzat plak main ye. penat asyik dok dlm stroller aje! |
Izzat jumpa awek !!! |
OIL PLATFORM
SPEED
section ni best! tentang kelajuan and other sistem berkaitan dgn Formula One (F1). mesti cuba semua yg dipamerkan. ada byk gambo saya snap utk aktiviti tapi tak tempek sini la. sebab terlalu byk... terlalu seronok !!!
kat sini alhamdulillah ada cafe. boleh la kami rehat minum-minum jap. beli roti and makan-makan dulu. lega... tadi kan tak sempat lunch ha ha ha 😆...
and sini byk explaination tentang molekul, plastik, polimer, related to subjek kimia. yg cantiknyer deko nyer bulat-bulat... nyaman... sesuai...
FUTURE ENERGY
MUSIC, ART, SCIENCE
anak-anak melukis batik. best! |
TEATER UNGKU OMAR
kami tak sempat masuk, sebab da tutup 😟. sedih...
sini mini theatre. saya baca info dia, muat 32 org utk tgk 3D movie.
DARK RIDE ~ EXIT
nak kuar dari sini pun naik kiub hitam ni lagi. punyer la best ride kali ni... bila turun bukit, kami mendongak ke atas and dihidangkan dgn pemandangan malam yg gelap. ada bintang yg sungguh byk.... berkerlipan!
lepas tu keluar.
kami keluar exactly jam 5.30 ptg.
wajib gi la souvenir shop kan 😄 fridge magnet !
alhamdulillah... anak-anak dara berdua sgt happy! mereka sgt excited!!! seharian explore ilmu baru dlm hidup. penat, tapi puas hati la saya dpt bawak mereka ke Petrosains KLCC.
before balik hotel kami dinner dulu puas-puas di KLCC. and seperti biasa, Izzat tak boleh dok diam...
sementara mr.asben dinner dgn kakak-kakak, saya bw izzat jalan-jalan.
nak gi mana sayang ? |
elok pula Izzat stay situ semata-mata nak tunggu pintu lif buka. few times juga pintu ni buka dia nak masuk!!! |
alhamdulillah...
alhamdulillah...
perjalanan kami selamat.
balik hotel ingat kan nak jalan bukit bintang. again, anak-anak semua tido awal! melepas lah nak makan angin malam di Bukit Bintang.
7 Comments
lama tak pegi sana..murah pun pakej dia...nak pegi la!
ReplyDeletepetrosains memang menyeronokkan...
ReplyDeleteBanyak benda nak cuba kat dalam Petrosains ni, kan. Yati pernah masuk masa bujang dulu, bila dah kawin dan ada anak, tak pernah pergi lagi. Hai.. bila la nak pergi kl jalan sini. :)
ReplyDeleteSalam perkenalan..
ReplyDeletesaya pun dah lama tak datang sini. Lagipun anak2 selalu join lawatan kat sekolah mereka..
:-)
ReplyDeleteyati ~ sgt best! tak cukup masa kami gi. in shaa Allah akan ulang gi sini bila anak2 besar skit. baru diorang boleh apply segala ilmu situ lebih baik...
Tempat yang best untuk bawak anak2, happy je tengok diorang :D
ReplyDeleteTempat yang best untuk bawak anak2, happy je tengok diorang :D
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.