kalau baca post blog ni yg lepas-lepas, sedia maklum la kan satu perkara.
dari ahad hingga jumaat lepas, saya kursus di kuching sarawak.
ahad pagi kul 10 pagi da gerak dari melaka ke klia2.
fly from kuching and landing semula dgn selamat di klia2 lebih kurang kul 9 mlm jumaat lepas.
6 hari takde umah!!!
and sabtu & ahad lepas, balik cheras ~ rutin jumpa emak abah :-)
and ari ni... sekarang ni... saya da ada di satu hotel di kl tau...
kursus lagi dari semlm hingga esok hu hu hu...
jumaat ni pun da ada famili program !!!
ha ha ha...
maka, utk memudahkan cara ~ baju kotor berlambak-lambak...
isnin (mlm) saya, mr.asben & anak-anak gi XPRESS LAUNDRY, bukit katil...
laundry ni baru je dibuka dlm 2-3 minggu lepas... 5 minit dari rumah aje :-)
![]() |
mesin tukar duit syiling |
harap maklum ye ~ mesin tukar duit disediakan.
sebab washer & dryer hanya terima syiling 50sen baru je.
and duit kertas yg diterima utk ditukar adalah note RM10, RM5 dan RM1.
sgt mudah... mesra pengguna mesin ni.
![]() |
cuci baju... ada harga... ada instructions... mudah in shaa Allah... |
![]() |
isi duit... |
gabra juga first time masuk sini ha ha ha...
laki bini tak pernah gi laundry segera gini kan.
so tak tahu la cara nyer...
sib baik ada instructions yg jelas...
dibantu oleh sorang pelanggan perempuan yg sedang tunggu baju nyer kering.
operasi mencuci baju berjalan lancar!
RM7 ~ selama 27 minit.
amik cucian sederhana panas :-)
sementara tu, kami terus dinner kat sebelah ~ restoran infasha maju.
selesai 27 minit tu, washer akan berbunyi selama 5 saat.
kuar kan baju and terus ke dryer la kan hi hi hi...
masukkan duit RM4 ~ dryer akan keringkan baju dlm masa 24 minit.
![]() |
dryer :-) |
![]() |
isi duit... |
best!
ada meja utk melipat atau menyusun baju...
ada juga bakul disediakan utk kesenangan pelanggan...
![]() |
kami happy... baju sudah cuci :-) |
maka, selesai la masalah lambakan baju kotor di rumah.
senang ati saya nak gi kursus kat kl.
alhamdulillah...
p/s : org ramai da selalu guna coin laundry gini...
saya baru pertama kali ~ terdesak!!!
5 Comments
peeeergh..!! ini sangat seronok..!!
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba macam ni.mcm best lak kan...memudahkan kalau baju banyak..
ReplyDeletewahh mamacm vendi mechine kan..kikiki...mudah semua ni
ReplyDeleteoh ada dryer gak yer..hurmm sesuai sgt kalau musim2 ujan.
ReplyDeletewah..mudahnya..:)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.