skang ni saya di seremban ~ ada program uCustoms...
rehat jap... publish jap post yg da ready ni...
hi hi hi masih lom abis citer pasal holiday ke cameron highlands :-)
- part 1 : hutan lipur lata iskandar & bharat tea plantations (cameron valley)
- part 2 : stay 3 hari 2 mlm di copthorne hotel cameron highlands
- part 3 : cameron lavender
- part 4 : rose valley
ni part 5 la konon...
bersambung la di hari kedua perjalanan holiday kami ~ 31.5.2014 (sabtu)...
mr.asben's birthday :-)
awal-awal pagi kami da bersiap dan breakfast di copthorne hotel.
ok ok la makanan nyer :-)
then, tanpa lengah-lengah lagi kami gerak ke tempat yg saya da target wajib pergi ni.
saya google and mostly suggest pergi big red strawberry farm ni kan.
so, kena pergi la :-)
jalan nak ke arah entrance nyer tu trafik jem.
ada pembaikan jalan huh!
then sempit sgt jalannya, bila berselisih dgn kereta lain ~ sgt rapat!!!
bila da sampai jalan naik ke big red farm, baru la one way street...
but, ada aku kesah trafik jem ke, jalan kecik ke??! ha ha ha...
naik lagi... naik lagi... curam!!!
ingat kan da sampai...
rupanya parking kat area ni penuh, kena naik lagi nun di atas...
selamat dapat parking...
alhamdulillah... sungguh tak sabar time ni...
cuaca pun sgt cantik, matahari sedang mencanak naik :-)
kami menuruni bukit dulu... ke cactus valley :-)
kat sini tak beli pun cactus...
mr.asben tak bagi hu hu hu hu...
just beli kan 3 pek biji benih utk nurin ~ dia nak aplikasi kan pelajaran sains nyer.
nak bercucuk tanam :-)
bila da tgk cactus tu, kami tak nak amik masa lama situ...
cactus gitu jer rupa nyer kan. so tak la masuk dalam-dalam ke cactus valley tu.
just di luar-luar aje...
bcoz matlamat utama ialah ~ petik strawberry!
mula naik ke atas ~ big red strawberry farm...
mula-mula lalu kat area sayuran hidroponik...
dpt la tunjukkan nurin & syuhada and explain kat diorang pasal tanam pokok cara hidroponik.
then rehat minum pagi jap...
jus strawberry ~ sedap! masam-masam manis... |
hot strawberry coklat ! |
gi amik bakul & gunting dari kaunter :-) |
kat sini boleh petik strawberry kan?
satu bakul plastik tu hanya boleh 2 orang naik atas and petik strawberry.
saya pergi dgn anak dara berdua tu.
mr.asben & izzat stay bawah :-( sedih!!!
and minima kena dptkan 500g strawberry = RM25.
sebab bukan selalu, ni la sekali gi petik strawberry, ku layan ajer la RM25 tu ha ha ha..
sampai sini pun da penat... then nampak pulak tangga yg curam naik ke atas tu hu hu hu... |
sampai jugak atas ni... kat depan-depan ni strawberry nyer muda lagi... kena masuk lagi dalam nun jauh di hujung jalan... |
alhamdulillah...
dpt la kami 3 beranak memetik strawberry fresh!
sgt seronok pengalaman ni... best!
sebakul tu RM30. ok la... saya pilih yg merah besar...
masam-masam manis!!! nyum nyum...
abis je sessi petik strawberry, kami terus nak balik...
lunch time...
ok la jalan-jalan sini...
dpt tgk cactus... sayur... strawberry... complete!
before balik ~ wajib beli souvenir la...
fridge magnet strawberry :-) |
ha ha ha... beli set berus gigi :-) perisa strawberry ha ha ha... |
jalan nak keluar dari red big farm ni sgt la menurun bukit... menakutkan...!!! |
best!
anak-anak puas hati...
next : sg palas tea plantations ~ ombak rinduuuuuuuuu!!!
4 Comments
huwaa...seronok nyer!!
ReplyDeleteBestnya petik stoberi tu..
ReplyDeleteKalau pergi CH ni tak kalau tak pergi ladang stoberi n sayuran tu kan Aida :)
tgk rakan-rakan pergi cni mmg jeles,
ReplyDeletegambar semua terbaek,
tempat mmg cantik,
ntah bila dapat pergi nie.
rupanya budak bawah 10 tahun tak boleh masuk ya..
ReplyDeletebaru je terpk nak bawak anak2 masuk.. kesian diorang teringin nak petik strawberry.. kena tunggu besar dulu la..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.