memang da menjadi azam ramadhan saya ~ masak tiap hari.
but, ada 2-3 hari tak masak utk berbuka, just masak for sahur.
nak dijadikan cerita, semlm da plan nak masak apa for berbuka.
tapi, ptg bila sampai umah, mr. asben ajak gi bazar ramadhan...
mr.asben teringin nak makan nasi dagang.
maka, amik keputusan utk gi bazar ramadhan di kg tun razak aje la lepas amik kakak-kakak dari skola agama.
ibu : "kakak-kakak pilih apa je makanan ye, ari ni ibu tak masak..."
aduhai... lama betul anak-anak dara berdua tu nak buat keputusan.
terutama nurin!
hingga terpaksa pergi ke bazar ramadhan kedua di tmn merbok pulak.
syuhada da pilih nasi lemak kukus di bazar ramadhan kg tun razak.
setibanya di bazar ramadhan tmn merbok, 3 kali pusing...
lastly nurin kata, "kalau ibu masak, kan senang... lagi sedap..."
adoi!!! terusik hati ibu ni anak oii...
dgn hati yg separuh-separuh, nurin beli laksa penang...
ibu : "betul ke kakak nak laksa penang?"
nurin : "ye la. tu aje yg ada... lain tak selera la..."
kul 3.30 pagi tadi, saya gagahkan diri bangun and masak sambal sardin dan goreng telur dadar.
ulam kan dgn timun jepun...
anak oh anak... kamu bikin ibu jadi gundah-gulana tau.
ibu ni masak bukannya sedap mana pun...
tapi tu la kan ~ air tangan ibu :-)
maka ari ni ~ 18 Ramadhan ~ ibu masak...
in shaa Allah sampai abis bulan puasa ni...
:-)
4 Comments
Sampai kena pergi 2 bazar ramadan baru Nurin jumpa laksa ye Aida.. begitulah anak2 mereka suka makan apa yg mama dia masakna.. :)
ReplyDeleteAlahai sweetnya dia...penat pun ibu kna la layan juga kan ..hihi
ReplyDeleteTak sampai hati nak hampakan kalau dengar anak nak makan masakkan kita kan..akak pun tahun banyak masak dr membeli...tapi dah separuh puasa ni putus idea nak masak apa
ReplyDeleteSelera nya tengok sambal sotong tu =) hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.