al kisah isnin yg lepas...
teringin berbuka dengan spegeti bolonis...
kesukaan sekeluarga :-)
saya guna 2 tin sos prego tradisi tu dan 1 tin tomato puri.
lain dari tu :
- bawang besar holland didadu
- bawang putih sikit
- daging hancur ramli 400g
- 200ml full cream milk
- 2 tin air
- cendawan butang dihiris
- tomato didadu
- carrot didadu
- cairkan butter dlm periuk ajaib generation 3 dan tumis bawang putih & bawang besar holland tu hingga naik bau yg sgt marveles!
- masukkan daging dan biar kejap hingga daging sedikit masak, hancur cantik dan naik bau.
- then, saya terus je masukkan carrot & cendawan butang... nak bagi sedap sebati.
- then, masukkan tomato potong dadu, 2 tin sos prego, 1 tin tomato puri tu, 2 tin air (tin sos prego) dan 200ml full cream milk... kacau sikit... and biarkan dlm sejam dlm periuk ajaib tu. tutup. api kecik kan...
- biarkan dlm 2-3 jam hingga kering sikit. tak nak sos tu berair sgt! tak sedap.
perisakan la dgn garam sikit... gula secukup rasa :-)
tak boleh rasa!!! puasa la...
alhamdulillah...
sedia untuk dimakan!!!
sos tu saya buat lebih sebab nak buat lasagna...
alhamdulillah....
dpt juga bagi jiran sebelah kiri dan kanan sikit-sikit...
sebab sos diolah sendiri tu yg bagi jiran... baru real!
5 Comments
kan best jadi jiran aida..hehehe...apen suh belajar buat roti..huhuhu...
ReplyDeleteSedap pulak tgk spagetti ni...dah lama tak buat sbb puasa berbuka mesti dgn nasi, perut kg la katakan huhuhu...
ReplyDeleteUmi amik resepi ye..halal ek :D
saya ade jugak masak spaghetti ni tapi melayu version ...hihi..saya tambal cili kisar :P
ReplyDeletesedapnya..saya pon suka bolognese.
ReplyDeletetak sangka ye boleh masak guna pan ajaib tu..
rugi tak jadi jiran akak..hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.