alkisah ahad mlm isnin yg lepas.
org lain sibuk layan konsert final akademi fantasia 2014, 3 beranak ni sibuk buat bising kat dapur :)
dah sgt lama saya nak buat kek simple 7-3-7-3 ni...
resepi mak saya.
simple... cuma kerajinan nak membuatnya tu yg takde ha ha ha !
maka, memandangkan bahan semua ada, mari anak-anak dara ibu, kita buat kek !!!
- 7 sudu besar gula pasir
- 3 sudu besar butter
- 7 sudu besar tepung naik sendiri
- 3 biji telor
- esen vanilla
pukul butter & gula pasir sampai putih.
masukkan telor sebiji demi sebiji...
masukkan jugak esen vanilla...
pukul hingga adunan kembang.
then masukkan tepung sesudu demi sesudu...
kacau sebati kan...
da ready semua bahan, masalah besar !!!
hand mixer rosak !!!
aduhai... sebab terlalu lama tak guna ~ rosak sudah :( hu hu hu...
apa lagi, si ibu ni bagai nak rak mengacau la adunan tu.
then, minta tolong nurin utk sambung kacau adunan tu ~ sgt la excited dia!!!
syuhada saya tak sempat bagi peluang, mau cepat...
then, minta tolong nurin utk sambung kacau adunan tu ~ sgt la excited dia!!!
syuhada saya tak sempat bagi peluang, mau cepat...
dapat la 6 ketul kek cute :)
sengaja je buat dlm lamington pan ni...
senang mau ngap!
kek da siap bakar...
tunggu keputusan akademi fantasia plak :)
ku jangka ewal juara... rupanya firman...
ku sangka firman naib juara... rupanya aman...
p/s : saya tak tgk akademi fantasia langsung, kecuali final :) hi hi hi...
kenal budak-budak tu semua dari iklan kat tv / surat khabar....
dan cakap-cakap org aje... tak minat!!!
1 Comments
Comelnya kek...macam tuan yang kacau tu.=)
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.