salam jumaat semua :)
skang ni (8 pagi - 9.30 pagi) nurin ada ujian psikometrik...
google jugak abende tu kan ???!
lain mcm sgt bunyi nyer...
sempat la whatsapp adik saya ~ cikgu di semenyih...
katanya mcm ujian IQ utk anak-anak darjah 3 (tahap 1).
20 soalan BM, 20 soalan BI dan 20 soalan matematik.
menduga akal...
oic...
hmmmm mcm2 plak skang ni ekk.
seingat saya dulu saya buat ujian ni after da abis darjah 6.
sungguh advanced tahap pendidikan di skola zaman skang.
gambar di bawah ni takde kene-mengena dgn ujian tu :)
tapi kena mengena dgn tajuk la...
sempat saya snap gambo 2 beradik ni few days ago... utk disimpan sebagai kenangan :) |
tahun ni da nak abis dah anak2 dara saya sekolah.
da hampir ke penghujung tahun kan.
tahun depan kakak darjah 4 dan adik darjah 2.
diorang da tak sama waktu rehat dan waktu balik dah...
diorang sedih...
diorang gak kamceng di skola tau.
mesti nak berjumpa!
skola agama pun time da berbeza!
sian anak-anak dara ibu ye...
berbalik kpd kisah melintas jalan raya...
berlaku last year... masa tu nurin sorang je yg da skola rendah.
pernah sekali depan mata saya ~ lampu isyarat depan skola utk jalan kaki da hijau.
saya pula di seberang jalan, prepare nak melintas nak amik dia.
saya memang da inform nurin ~ "jgn melintas, tunggu ibu !!!"
ntah camne, masa tu nurin terlupa and dia da berjalan utk dtg ke arah saya di seberang jalan.
ada satu kereta bodoh, dia tak patuhi lampu isyarat dan terus jalan!!!
nasib baik nurin berjalan perlahan and kereta bodoh tu mendahului nurin.
berdesup!!! bagai nak gugur jantung saya tgk situasi tu.
ada beberapa org di sekitar pun agak terkejut dgn situasi tu... Ya Allah!!!
terus saya amik dan peluk nurin... tercengang-cengang nurin masa tu.
dia kecik lagi kan :(
sejak tu hingga kini, saya akan beri amaran pada mereka ~ "jgn melintas, tunggu ibu !!!"
saya pastikan semua kereta berhenti.
walaupun lampu utk jalan kaki da lama hijau...
tu la kisah nya...
hati-hati la ye uolls...
and tolong la patuhi lampu isyarat...
terutama di zebra crossing :(
4 Comments
Driver tak beretika ramai di tempat kita. Kakak yg baca pun berdegup jantung apa lagi ibu yg melihat anaknya depan mata. Mujur tak jadi apa. Betul sebaiknya biar kita yg melintas bukan anak-anak. Hmmm... ngeri kakak.
ReplyDeleteYa Allah..meremang bulu roma baca citer ni..alhamdulillah nurin tak apa2..harap2 anak Aida sentiasa selamat walau di mana jua mereka berada..Amin...
ReplyDeleteSeriau pula sy kak.. Nasib la tak jd pape time tu..
ReplyDeleteMemang bodoh driver tu. Kawasan sekolah mestilah kena slow. Itu jugak yang saya pesan kat anak saya. Jangan keluar dari kawasan sekolah.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.