sebagai pembuka bicara di pagi jumaat ni...
mari la sama-sama kita berdoa agar banjir di pantai timur beransur pulih :(
sebak... sedih... mengenangkan kawan-kawan di sana...
menurut wassap kawan-kawan, keadaan makin teruk!
dan dgr berita di radio tadi, dikhabarkan, keadaan makin kritikal!
alhamdulillah :)
brg sekolah anak-anak semua da beli...
duit yg ada da boleh dibelanjakan kpd yg lain ~ lega ~ senang hati!
alatulis, buku, baju sekolah, tudung sekolah, kasut, beg sekolah...
syukur kpd Allah sebab kan permudahkan segala urusan saya...
ahad ni in shaa Allah mr.asben balik dari tunaikan umrah.
moga Allah permudahkan perjalanan balik semua jemaah... aminn...
![]() |
kasut 2 pasang sorang ~ da siap kapur :) |
![]() |
ni baju sukan utk nurin... nurin da semakin tinggi and perlukan yang baru. syuhada pakai baju kakak yg lama ye :) |
![]() |
syuhada ada 1 lagi buku kena beli bila buka sekolah nanti. nurin ada 3 buku kena beli lagi nanti... yg lain, beres... |
perancangan saya, semlm nak settle balut buku and tulis nama...
hmmmm terbantut!
sebab nya ???
![]() |
anak bertuah sorang ni sibuk nak bantu... dpt settle kan beberapa je buku teks kakak-kakak. alahai sayang ibu, lari target ibu tau nak siapkan keje! |
maklum la, mr.asben takde ni izzat memang berkepit dgn saya je.
5 Comments
saya pun dah siap belikan barang sekolah anak-anak. Excited sebab nana nak masuk darjah satu. ammar pula tadika. Maknya yang hover!!!hehehe
ReplyDelete1. Moga en suami selamat balik. Tak sabar kan:)
ReplyDelete2. Alhamdulillah settle semua walau tanpa bantuan en suami yg pergi ke tanah suci
3. Adik nak tolonglah ibu, tapi ibu tak percaya ha tengok adik pandai pegang gunting guna dua tangan hih....
berebut jugak ye...ingatkan anak saya jer..beli apa kat abang, adik pon mesti dapat juga :)
ReplyDeletealhamdulillah... ibu bapa tgh kalut dah ni kan buat persiapan...
ReplyDeleteSaya pun dah siapkan semuanya. Baju pun dah siap iron dah. Buat masa si kecik tidur, kalau tak dia yang lebih sibuk.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.