selesai je masak for dinner, da ready kan bahan utk chicken pie :)
after dinner, terus panaskan piuk ajaib generation 3 ku...
mentega 2 sudu ~ tumiskan 1 bwg holland siap didadu.
sampai naik bau harum semerbak...
hingga mengundang anak2 dara berdua tu ke dapur ha ha ha...
masukkan ayam hancur (saya guna 400g) & cendawan butang (1 tin) dihiris dulu.
hingga masak cantik ayam tu...
pastu saya masukkan 1 btg carrot siap didadu.
lain-lain sayur bleh masuk gak la ~ mix vege ke, tomato ke, kubis bunga ke, brokoli ke,...
dlm fridge ada carrot aje, so tu jer la :)
masak kejap bagi sebati dgn isi ayam tadi.
3rd step, masukkan bancuhan tepung jagung ~ 1 cawan air & 1 sudu besar tepung jagung.
then, kebetulan saya ada baki sepeket instant chicken soup campbells ni.
tak brape sedap... sebab tu lama peket ni dlm almari.
tapi lom expired la hu hu hu...
saya campakkan serbuk tu sepeket ke dlm piuk ajaib...
kacau rata...
rasa... kalau perlu, tabur garam secukup rasa ekk :)
siap!
sambil-sambil buat inti isi ayam di atas tu, saya da rebus kentang (4 biji - 300g).
rebus hingga lembut ~ utk dilenyek...
saya campurkan skit dlm mash potato tu 1/4 cawan susu segar & 1 sudu mentega...
berlemak skit :)
ikut la rasa semuanya camne.
bleh tambah apa2 yg perlu ikut kesedapan masing-masing :)
then ready...
lapis pertama (bawah) ~ mash potato.
lapis kedua (tebal) ~ inti isi ayam.
lapis ketiga (atas) ~ mash potato.
lapis keempat ~ tabur la sesuka hati cheese ( saya guna 2 - cheddar & mozarella).
panaskan oven 170''C.
then bakar 30 minit hingga cheese tu melt...
siap!
sedap alhamdulillah!
tu aje la perkongsian ari ni :)
10 Comments
macam sedap jer ni
ReplyDeletewahhh terer aaa u sis buat chicken pie...
ReplyDeletei terer beli and makan je....
untung anak2 u....
hepi new year sis....
aduhhh telio plak nengok chicken pie sis ni..dah la tengah hujan ni memang sedap kalau dapat ngap! hehe
ReplyDeleteSedapnya sis..
ReplyDeleteLapar pulak malam-malam ni tengok akak buat ni..
ReplyDeletesedapnya terliur tengok... nak buat tak pndai... huhhu
ReplyDeleteaduhai nmpk sedap..
ReplyDeletefulamak..western...terliur lah
ReplyDeletefuh.. terliur tgk...
ReplyDeleteCup...nak amik resepi ni. Terliur plak tengok ni.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.