assalamualaikum...
ari ni di opis, keje ada la sederhana byk nyer...
mau siapkan setakat yg termampu.
mana ada abis keje kan :)
maka, tiadalah wordless wednesday ari ni di opis, mahupun di blog ni :)
nak citer pasal nurin (thn ni darjah 4) dan syuhada (thn ni darjah 2).
alhamdulillah... so far both of them takde masalah pembelajaran yg kritikal.
di tahap yg memuaskan... alhamdulillah syukur nikmat.
saya ada beli kan bahan tambahan utk diorang kat koperasi sekolah...
buku utk karangan BM dan English.
utk syuhada, buku utk karangan English tahap 1 da abis stok la plak :)
ni buku kecil...
sgt bagus isi kandungannya...
saya nakkan kosa kata diorang byk bila buat karangan.
bina ayat yg cantik dan betul gaya bahasa.
kita org melayu, bahasa melayu kena betul.
English pun kena strong...
masih mencari buku kecil-kecil for grammar ke, spelling ke, ...
baru sikit ni saya beli, ada lagi nak cari for them, especially Maths & Science.
semua sedia maklumkan, KSSR skang style belajar and exams nyer adalah guna KBAT.
KBAT ialah KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI.
saya ada call adik (cikgu di kajang) pasal KBAT ni.
bcoz google tak dpt jelaskan apa yg ada dlm fikiran saya ni.
tq la mak usu sebab dlm beri kakak mu ini penjelasan yg memuaskan hati.
KBAT ni involve kemahiran intelek yg sangat tinggi.
anak-anak kita di sekolah rendah ni mesti boleh menganalisa, mengaplikasi, menilai dan mencipta.
apa yg adik saya explain dgn bahasa adik-beradik adalah ~ anak-anak ni kena kreatif dan ikut logik.
diorang dpt sesuatu ilmu... diorang analisa dan fikir... dan selesaikan.
jawapannya bukan satu... mungkin lebih dari satu.
satu soalan = byk jawapan :)
tu la logik akal memainkan peranan.
antara lain, diorang bebas la beri idea sendiri, menjawab dgn membuat keputusan sendiri, beri pandangan sendiri...
mcm kita ni da bekerja, kan...
didedahkan dgn perkataan ~ inovatif dan kreatif...
hah! tu la yg KSSR ni nak ajar anak-anak kita ~ inovatif dan kreatif.
jawapan adik saya dlm bahasa adik-beradik ialah PETA MINDA.
dia akan whatsapp saya further informations...
kalau dlm bahasa rasmi, ia maksud INNOVATIVE THINKING...
sama la tujuan nyer ~ melahirkan anak-anak yg kreatif dan inovatif...
saya ada google jap td ~ 8 style peta minda.
tq to Cikgu Hailmi... jelas gambaran nya.
peta bulat |
peta buih |
peta buih berganda |
peta pokok |
peta dakap |
peta alir |
peta pelbagai alir |
peta titi |
bukan benda asing bagi kita mak-mak semua di atas.
time kat universiti dulu, or even skola menengah kot, kita da apply semua di atas kan.
nak buat notes, wujudla peta minta agar mudah hafal.
kebetulan saya ni student law, hmmmm memang amat perlu la peta minda ni.
nak menghafal kan. dgn peta minda mudah sikit nak ingat keywords.
now nak apply to nurin and syuhada.
in shaa Allah...
kena guna imaginasi...
5 Comments
Mmg sis...kathy pun pening tgk btapa beraras tingginya subjek sekolah rendah skrg.. (Sigh)
ReplyDeletemakin lama makin advanced education skrg...huhu.sian bebudak kadang tu nak catch up.Tapi oklah kot,budak2 skrg pun dh advanced.hehe.Apapun,well done mama prihatin!
ReplyDeletewahhh kalau saya kena jadi guru sandaran sekarang ni mesti pengsan sebab anak2 murid akan lebih bijak lagi dari cikgu dia...
ReplyDeleteselamat maju jaya dalam pembelajaran anak2 yer...
salam singgah...baru tau kbat tu pe..anak 1st baru skolah darjah 1..hihi
ReplyDeleteIthink tu peta minda yg mmg de mksud dan konsep tersendiri... Memula mmg nmpk mcm pta minda tapi setiap peta tu de konsep sendiir dan bentuk teraendiri...jadinya ada juga yg tak setuju dgn konsep ithink ni..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.