assalamualaikum & salam sejahtera 😃
sambungan dari part 1 di SINI, lepas sama-sama releks di tepi air pancut, best lepak tepi kolam, kami sambung langkah utk explore IOI City Mall ni lagi. jalan punya la jalan dlm tu, tiba-tiba anak-anak nampak keretapi kat tingkat atas sekali. keretapi warna-warni la plak. syuhada & muhammad kejar la keretapi tu.
- naik keretapi saje / merry go round saje - RM5 sorang (dewasa / kanak-kanak)
- naik keretapi & merry go round - RM8 sorang (dewasa / kanak-kanak)
si ibu yg sporting ni pun belikan la tiket nak naik keretapi. merry go round tu x payah la. sebab nak naik train tu pun beratur panjang! malas nak spend masa terlalu banyak utk beratur.
seronok anak-anak dpt baik keretapi warna-warni tu. enjoy! releks je...
time to makan. lapar! sini memang byk restoran makan. yg pelik-pelik makanannya, teringin nak cuba semuanya. nampak sgt special la kat sini. aneka jenis makanan boleh dicuba tau. mr.asben nak makan pancake 😃 wow! menarik. makan lempeng omputeh gamak nya kita. Pancake House, tingkat 1 ye.
kita order dulu ye...
buka menu la dulu 😋
kepala meja !
anak sulung ku. adik bongsu ku.
bff 😉
sudah tak boleh dok diam.
makanan dia paling lambat sampai!
apa yg saya boleh kata, best!!! total kami byr utk semua makanan & minuman adalah RM127.30.
semua sedap and licin abis 😋 berbaloi! no complaints at all 👍.
Best Taco in Town, pilihan saya.
sungguh la sedap. 2 taco yg marbeles & makaroni tuna.
pilihan mr.asben, Pancake Choc Marble 3 pcs.
pilihan adik bongsu sya, House Special Set.
1 taco, spageti bolognis, garlic bread, 1 ayam goreng dan 3 pcs small pancake.
kids meal, Mini Garlic Rice with Pan Chicken.
saya pilihkan utk Nurin & Syuhada.
ni muhammad punya, Choc French Toast.
and ni izzat punya la kan, Classic Mini Spaghetti.
best.
taco tu sgt la sedap, nikmat dunia 😍.
moga berjumpa lagi ye di IOI City Mall 😄.
kami balik dulu...
2 Comments
bestnya jalan-jalan...tapi part yg paling pntg tu time kan tu..menyelerakan je...
ReplyDeleteAssalam aida,
ReplyDeletewaaaa
nampak lembut jaaaaaaaaaaaa setiap pancake tu kan3
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.