ibu ajak ijat selfie :)
izzat da dibotakkan semlm ~ rambut aidilfitri...
lama sungguh blog tak update.
lama sungguh tak blogwalking!
Allahu Akbar... terlalu byk perkara yg jadik 1-2 minggu lepas.
berubah opis bermula 18.5.2015 (minggu lepas).
jarak opis dgn umah adalah lebih kurang 70 km.
tempoh masa dari umah dgn opis lebih kurang 1 jam...
hadoi... Allahu je yg Maha Mengetahui betapa seksa nyer jiwa!
dek kerana nak bersama anak-anak, redha ajer la berulang setiap hari...
korban kan tenaga yg sejemput ni dan jugak kos pergi balik yg tinggi.
flashback jom !
izzat memang aktif, riang, gembira sepanjang masa...
boy la katakan...
tiap ptg sekiranya ada kelapangan, memang saya bagi izzat riadah kat luar rumah...
aik ?!!
kakak syuhada teringin ke ? ha ha ha...
suka la hai izzat kakak bwk dia ronda.
gambar hiasan aje ni, takde kena-mengena dgn tajuk :)
tanggal 7.5.2015 lebih kurang kul 6.15 ptg...
masa tu izzat da berdiri depan rumah...
berdiri sebelah kakak syuhada... saya on the way masuk umah nak amik kunci kereta.
tiba-tiba dgr izzat menangis!
jiran saya menjerit, " Aida, izzat jatuh... berdarah!!!"
terus saya berlari keluar...
Allahu Akbar... kepala izzat berdarah byk!!!
saya peluk izzat ketat-ketat...
jiran-jiran semua dtg membantu...
then masuk dlm tandas, mr.asben cuci kepala izzat...
hu hu hu penuh darah di lantai tandas.... alahai anak...
izzat tak henti nangis...abis mandi dan bersihkan kepala izzat, tekap dgn kain.
terus ke klinik..
pendarahan berhenti dah...
boy ibu yg strong!
just tempek ubat... alhamdulillah :)
ada 3 lubang...
saya rasa sebab kepala dia terjatuh ke jalan raya kan...
terkena batu kerikil agaknya...
alhamdulillah takde pe yg kronik...
bersyukur kpd Allah....
mlm tu ramai la jiran dtg ziarah izzat.
rupanya salah sorang anak jiran, langgar izzat dgn basikal.
anak umur 6 thn... langgar pastu terus dia lari balik rumah :)
dia tak sempat nak brek!
berkali-kali mak dia minta maaf...
takpe la, izzat ok... perkara da nak jadi...
bersyukur izzat ok!
mlm izzat da ok...
takde demam...
takde mengigau...
tido dgn aman...
moral of the story ~ ibu kena pantau izzat!
malang tidak berbau...
jgn leka walaupun sesaat wahai ibu izzat !!!
9 Comments
Alhamdulillah Izzat ok..
ReplyDeletememang kena hati2 dgn anak2 yg baru nak membesar ni aida ..
anak akak pun mcm tu lah dulu..
Kecut perut tengok darah banyak kan.. kat kepala memang banyak saraf, itu yang darah banyak sangat.. saya sendiri pernah luka di kepala 3 kali..semua oun saya boleh ingat walaupun masih kecil.. kuat darah masa tu..tapi mcm kes Izzat jugala, tak de kena jahit pun.. mak ayah kalut betul masa tu..
ReplyDeletealhamdulilah nasib x apa2...aida pindah mana..mcm jauh je office baru tu
ReplyDeleteSometimes it can be a good experience for him too. Anak bujang....barulah macho...hehehe.
ReplyDeleteterkejut baca, nasib baik takde apa2 yang parah.. takpe izzat kuat, nnt cpat sembuh kan...
ReplyDeleteCian dia. Strong boy Izzat, semoga cepat baik lukanya.
ReplyDeleteizzat kuat...
ReplyDeletetgk darah kt baju tu mmg nmpk teruk...huhuhu...
ya allah kak, sabo ek.. takut tengok darah banyak tuh..
ReplyDeletebanyaknya darah tu..seram tengok. alhamdulillah izzat ok..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.