"sibuk la aida ni nak share gambo makanan tghari jumaat ni!"
maaf la kalau saya salah share gambo makanan ni di bulan puasa ni.
bukan la nak tunjuk saya pandai masak :) hi hi hi...
atau rajin bebeno memasak tiap hari :) hu hu hu...
... tak pandai pun!
... tak rajin pun!
tempek ni just sendiri mau simpan as memori.
and mudah2an jadik pemberi idea utk sesape yg tgh cari idea utk berbuka ptg ni :)
JUADAH BERBUKA RAMADHAN KE-5
ikan tengiri tumis berempah. letak kobis :)
ni mcm kari keling ~ kari tiada santan.
tumis bwg merah, bwg putih, halia, kunyit sampai wangi.
then masukkan cili mesin & serbuk kari ikan ~ masak sampai terbit minyak...
masukkan air asam jawa ~ suka la nak byk mana kuah, nak pekat mana kuah, kan...
then masukkan ikan...
masukkan kobis...
perisakan dgn garam...
rasa la masak nyer, masin nyer :)
ni sayur campur ~ suhun, petola & cendawan tiram :)
lopes = pemanis mulut :)
JUADAH BERBUKA RAMADHAN KE-6
sambal goreng kentang
sayur campur lagi ~ udang, kacang buncis & karot :)
JUADAH BERBUKA RAMADHAN KE-7
sambal sardin aje...
sayur kobis goreng
telur dadar :)
bubur lambuk ~ mr.asben dpt dari skola agama anak2 :)
JUADAH BERBUKA RAMADHAN KE-8
paprik seafood ~ udang, sotong, karot & kacang buncis
ayam pandan :)
timun jepun...
rendang ayam...
ni saya tak masak.
mr.asben beli kat cafe opis.
alhamdulillah... dpt la membantu saya.
save masa masak satu lagi lauk :)
itu aje la sharing saya ari ni :)
yg pastinya ~ tak mudah nak merempit dari opis yg jauhnya mengambil masa 90 minit utk sampai ke rumah.
pastu tak berlengah-lengah masak utk berbuka...
... tak rajin sebeno nyer! poyo aje aida ni :)
just tak tergamak nak bagi anak-anak tu makan bungkus aje tiap hari.
tau la kan kualiti makanan di param camne.
ada tu yg brought forward dari lauk semlm ko ~ sebab cepat basi!!!
pastu harga nyer yg termasuk gst... aduhai mahal!
ini aje la pengorbanan yg saya boleh buat utk anak-anak time diorang kecik ni.
nak bagi diorang keutamaan dlm apa je yg saya buat.
hu hu hu... ari ni ntah pe nak masak ni :(
ada sotong skit... ada ikan selar kuning skit...
9 Comments
dan2 tliuq
ReplyDeletelapaarrrr tgk menu aida spj minggu ni:)
ReplyDeleteAida..salam kenal dari saya. Kue Lopes de Squiera tu kue peberet saya taw.
ReplyDeleteBerbunyi perut...baru minjm air..lom makan lagi ha..
ReplyDeleteJauh jugak perjalanan akak.. Moga dipermudahkan urusan akak...
ReplyDeleteMeriah tu menu korang sepanjang 6 hari ni.
ReplyDeleteDah lama tak makan lopes.. rindunya.. nak minta MIL buatkan la nanti..
Ayam pandan dgn rendang ayam tu menggoda selera lah :)
ReplyDeleteBulan puasa.. Makan tak banyak.. Masak sikit pun tak habis..
ReplyDeletesempat balik masak ye aida
ReplyDeletekalau saya time berbuka memang makan benda remeh aje dulu
lepas maghrib barulah saya memasak
tu yang kadang pukul 10 ke 11 baru makan nasi
mana tak beso =)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.