surely weekend ni ramai yg gi shopping last minit, kan?
alhamdulillah :)
gaji gomen pun da masuk, dpt la meringankan beban.
dpt la menceriakan hari raya, setelah selamat berpuasa sebulan... in shaa Allah :)
utk saya, sudah abis shopping...
semlm final nyer ~ jusco seremban 2.
settle sudah...
weekend ni just nak gi amik kuih raya & baju kurung saya dan anak2 dara.
kemas umah...
Kerisauan saya no 1 telah pun hilang ~ baju melayu izzat.
khamis lepas, tghari, dari opis nak ke jakel dlm 5 minit aje.
drive kejap... kalau la x jumpa kat jakel, saya da fikir nak ke jusco aje.
jusco seremban 2 sebelah aje :-)
cuba cari purple yg seakan-akan baju melayu mr.asben.
xde :-( sudah abis. frust!
jumpa light purple aje.
harga rm79.90 ~ baju melayu, sampin & butang baju melayu...
wassap mr.asben for his approval :-) wajib!
yeszaaaa... approved!
x lengah-lengah... saving time... jadi beli :-)
sampin nyer maintain ada kepala botak berjambul di tgh :) ha ha ha...
kat kocek ada la gambo dua beradik tu ~ upin & ipin...
paling saya tertarik, lengkap berbutang dan ada juga gambo upin & ipin...
saya pilih ni kain lama, bukan terbaru.
yg terbaru, keluar kat jakel dlm 2 minggu lepas ~ kain nyer licin dan berkilat.
saya amik yg lama...
sebab mudah digosok and rasa nyer selesa izzat pakai...
ada jugak tgk tgk baju kanak-kanak perempuan ~ saya x berkenan la plak.
byk beads yg besar-besar!
tak evergreen la plak nanti...
fuhh! senang hati ibu :)
izzat bergaya di hari raya...
7 Comments
Comelnya baju tu... Hehe..
ReplyDeletememang comel, maria :)
Deletetu yg tertarik...
Budak2 memang semua tetarik dgn baju melayu upin ipin ni pandai jakel tarik pelangan:):)
ReplyDeletebukan bebudak aje yg tertarik, mak budak ni hah pun tertarik :)
Deletesebab izzat memang suka upin ipin.
and izzat x suka pakai baju melayu.
ni cara mudah nak suruh dia pakai, in shaa Allah :)
pestime tgk bj Melayu upin ipin...smua ada depa 2 bradik ja no
ReplyDeleteha'ah... semua muka diorang 2 beradik :)
Deletewow baju melayu upin ipin pun ado hihihi
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.