jumaat lepas saya cuti.
ada hal kecemasan ~ memang kena cuti :)
sebelah ptg, lepas urusan selesai, amik anak2 dara skola.
terus plan nak bwk diorang gi beli kasut raya kat bata, jusco ayer keroh tu aje ha.
bersiap... and amik izzat kat taska :)
saya selalu tertanya-tanya camne la diorang tukar banner atas jejantas ni.
kebetulan jumaat tu ternampak kren besar ni kat depan jusco tu.
oooo gini ekk?
dia mcm ada pelekat besar bergulung.
slowly sorang tukang bukak gulung and sorang lagi tukang lekat kat board tu.
planning saya ~ beli kan kasut raya utk nurin & syuhada.
mau kasik settle yg satu ni.
baju kurung settle. baju kasual settle. kasut raya mau kasik settle.
long pants diorang aje lom carik...
da pendek! diorang pakai da singkat!
so journey kami berempat beranak started la di bata, jusco tu...
nampak tak izzat pakai selipar terbalik?
itu disengajakan!
dia reti pakai selipar, but sometimes dia sengaja pakai terbalik.
and jgn la betul kan. if not nanti ada drama swasta...
berkenan izzat dgn kasut upin ipin tu.
memang nak aim beli kan dia...
but kena tunggu mr.asben ada, kena approval dari ayah izzat :)
molek nyer la anak2 dara ibu...
and comel nyer la anak bujang ibu yg sorang tu ha...
first time amik gambo dia tersenyum simpul...
manja kakak nurin :)
berjaya pilih kan nurin & syuhada kasut sorang sepasang.
alhamdulillah...
saya memang suka beli kat bata.
harga berbaloi, selesa... so anak-anak pun saya suka belikan di bata aje.
aduhai... nampak ok aje kan pilih kasut.
tapi sebenarnya hiruk-pikuk kami memilih kasut.
dgn izzat yg berlari-lari.
usik kasut-kasut yg disusun....
hu hu hu berpeluh ketiak si ibu sorang ni hah...
sib baik kakak-kakak boleh diharap bantu jaga izzat.
abis aje byr kasut, terus nak ke tingkat bawah...
before balik nak gi beli pizza dulu kat la boheme.
and beli vitagen utk anak-anak...
time beli vitagen tu izzat buat drama skit.
nak ikut kata dia... tak nak balik... dia mogok ntah kenapa hu hu hu :(
dek kerana takde mr.asben, saya kena pujuk dia bebaik.
sebelum dia melalak ke berguling-guling ke kat situ, saya kena pujuk dia cara lembut.
and after hampir 30 minit, baru sukses hadoi la anak...
sampai kat mesin ni, dia tak nak gerak!
"nak bola" kata nyer...
"bu... wit?"
hadoi da pandai minta duit!!!
and kerana tak nak jugak izzat buat drama, saya bagi la 50 sen kat dia utk satu bola...
mission accomplished !
nak balik dah...
and kalau sampai kat lif, jgn tekan!!!
dia yg nak tekan butang lif tu luar & dalam...
if kita tekan dulu, dia ngamuk hu hu hu....
sekian saje coret coret beli kasut raya kakak-kakak.
beli nyer sikit.
tapi sampai 3-4 jam kat jusco tu :)
ari ni maybe nak ke mahkota parade.
cari and beli baju raya izzat... nak gi kaison beli wallpaper.
nak makeover dinding umah ni yg da lama tak touch up :)
6 Comments
dah dapt kasut raya kan hehehhe
ReplyDeletewahhh syok diorg dah dpt kasut raya...umi tak belikan pun utk bebudak tu sbb raya kat kg so pakai je la yg mn ada hehehe...lg pun pernah tnya mirul nak kasut baru tak..dia kata tak nak, nanti nak yg br dia bg tau ...alahaiii sweet je rasa kehkehkeh..
ReplyDeleteAyu still lum beli lagi cari kasut raya Ian. Iris dah settle dah..
ReplyDeleteamboi...x padan dgn kecik nk bw beg kasut...hihihi
ReplyDeleteseronok laa memasing dapat kasut.. biasa laa nak shopping satu2 benda untuk sorang2 anak bukan senang..
ReplyDeletekena kasi chance dkt hero malaya la kann
ReplyDeletemmg jnuh nk kepung kalau gitu
saya ciksuami blm beli bju raya suka last minute ayah rania
saya ikut aje la..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.