al kisah raya aidilfitri lagi...
zaman skang ~ anak-anak memang lebih minat gajet dari benda lain.
best sgt la gajet tu.
balik umah mak mertua ptg raya kedua.
anak2 buah masih ada la.
and di side mak mertua, anak-anak buah saya da besar panjang!
lelaki majoriti... hmmmm kembar gajet aje diorang :)
tapi da besar, ok la kan...
yg kecik-kecik ni pun sama ikut!
hazim & izzat ~ boboiboy kecil...
hazim 8 thn, anak buah dari abg ipar pertama.
tersandar di tepi dinding berdua.
hadap gajet kecil tu.
tak diendahkan tv 42" nenek tu...
hu hu hu hu...
eh ? nape ni ?
izzat merajuk, kena tegur dgn nenek sebab main langsir :)
merajuk terus dok kat luar umah, hujung bucu bawah ampaian...
puas juga nak memujuk nyer...
dibiarkan la seketika izzat melayan perasaan...
abg hazim dtg pujuk izzat :)
lepas beberapa minit dibiarkan ~ anak-anak semua da berada di laman :)
hadoi! berpeluh-peluh semua nya bermain tgh panas.
tapi sebab hari raya... happy happy, saya biar kan.
tapi mata melilau la memantau!
apa-apa tak diingini terjadi karang di ptg raya ni, menangis tak berlagu la si ibu ni hu hu...
untung la saya ada umah mak mertua yg kampung gini.
ada ruang anak-anak beriadah.
saya ni, sesekali boleh la bagi izin anak-anak main gitu.
tidak selalu.
sebab anak-anak saya perempuan :)
da tinggi lampai, walaupun usia diorang masih agak kecil la...
tak manis plak jiran tetangga tgk kan?
apapun, saya sgt prefer anak-anak saya riadah di luar dari dok tepi dinding main gajet :)
5 Comments
salam ukhwah aida, cantiknya blog, memang seronok beraya di kampung halaman nak-nak lagi ada ruang bermain dihalaman untuk anak2 bila berkumpulkan ,alahai siannya majuk duk bawah ampai lagi hihi, comellah :)
ReplyDeletegajet dan kanak2 mmg dah sebati..xsalah nak bagi diorg main kan.tp kita kena awasi..kalau tak bagi langsung karang, susah jugak, jakun nanti..hehe..
ReplyDeletebetul tu. saya pun lebih suka anak-anak saya main / riadah kat luar.. kita dulu takde gajet boleh je gumbira kan.. hihi..
ReplyDeleteComelnya si Izzat merajuk bawa diri terperuk kat sudut :)
ReplyDeletesamalah aida, saya pun lebih suka bagi diroang buat aktiviti gini
ReplyDeletemain gajet memang kena banned dah kat rumah
saya tak nak diorang kemaruk dengan gajet...biarlah diorang kotor main pasir
basah main lopak, busuk dengan taik ayam...janji diorang ada pengalaman =)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.