saya izzat...
umur saya 3 tahun 2 bulan.
saya memang tak pandai cakap lagi, masih pelat.
tapi saya da hafal nombor 1-10...
saya hafal A-Z...
saya hafal alif - ya...
tiap hari saya nyanyi dgn ibu semua tu.
selain daripada beberapa lagu lain la.
saya aktif. saya suka lompat-lompat.
then berlari dari dapur ke depan, ke dapur semula and ke depan balik.
pastu saya memang suka pistol & senapang.
saya suka buli kakak-kakak.
saya suka gusti kakak-kakak.
hingga kakak-kakak terpaksa lari dari saya...
saya izzat.
saya sihat.
saya comel...
tu selingan aje :)
berbalik kpd tajuk.
pagi tadi dgr sinar.fm ~ tetamu jemputan DMFK.
and topik pasal ~ anak kecil tegur org pakai stroller murah !!!
memang viral kan semlm.
ada lalu lalang kat timeline fb saya jugak.
dipendekkan citer ~ kata-kata DMFK pagi tadi adalah ;
- perangai anak-anak mencerminkan perangai ibu ayah nyer.
- didikan anak-anak tu kuat di rumah. bila anak itu berperangai begitu, ia mencerminkan jugak hasil didikan ibu ayah nyer.
- jgn la didik anak dgn cara mewah. hadiah. kesenangan. ini akan menjadikan anak tu materialistik!
tu la sedikit sebanyak yg sempat saya dgr sebelum sampai ofis.
sedih gak la bila dgr kes gini.
sedih... marah pun ada!
suka-suka ati ko aje ekk nak tegur aku.
da la kecik lagi...
yes yes yes dia kecik lagi, dia tak tau pe yg dia cakap...
tapi, tak ke kita yg ditegur ni dpt malu, kalau la perkara tu terjadi di khalayak ramai.
Allahu Akbar.
tak sepatutnya jadik gitu.
syuhada, tu pun dulu-dulu masa dia kecik, less than 5 years old.
suka sgt ckp yg bukan-bukan. mulut laser!
tapi bukan ckp kuat-kuat la hingga memalukan org lain, contohnya...
- "acik gemuk !"
- "acik botak !"
- "ramainya anak dia !" (referring tu famili yg besar)
- "aik, sikitnya !" (referring tu lauk / air kalau pergi umah org)
memang kena marah dgn saya ~ explain balik kat dia nape tak boleh cakap gitu.
nape kena hormat org...
and now, dia faham. and tak pernah lagi anak-anak saya ckp bukan-bukan.
bila balik umah or bila dlm kereta baru diorang inform kami ketidakpuasan hati, kalau ada.
kebetulan, anak-anak saya x dibesarkan dgn kemewahan.
birthday diorang pun kami tak belikan hadiah.
just a simple celebration je.
da dibiasakan...
kecuali, kalau ibu or ayah kursus, mesti belikan diorang keychain. tu aje permintaan diorang berdua tu.
baju, kasut, beg... so far diorang tak pernah soal kan harga.
yg penting, cantik... elok... menarik... ok aje.
kami pun bukan nyer byk duit. sederhana...
cukup setakat buat anak-anak happy dan selesa aje.
apa keperluan diorang, lengkap. biar hidup diorang sempurna :)
so, jgn la anak kita berperangai gitu ekk.
tegur org tak tentu pasal.
hingga viral gitu !
hormat... tu yg utama.
7 Comments
oo..tk tau pulak pasal tu..risau jugak sbb anak pun dah menunjukkan ke"Laser"an dia tu..harap boleh dilenturkan lagi...nak melentur buluh biar dari rebungnya kan..saya pun dari kecil memng biasakan dia tanpa kemewahan..yelah..mak pak dia pun orang biasa2 je
ReplyDeleteAkk x der fb, so tak tau. Tp ada sekali anak buah akk selamber bdk sound kami x reti speaking sbb dia konon tadika kat smart reader. Bapanya ada. So akk basuh cukup2 in english. In a way, sound bapaknya sekali. Geram okeh kalau kecik2 dah menghina org lain.
ReplyDeletetakut juga, anak saya yang sulong tu laser. Tapi masih boleh ditegur. Sekarang, die pulak tegur kitorang kalau ada tersalah cakap depan orang. InsyaAllah kita lentur anak-anak dari kecik..
ReplyDeleteHmmm.. Lindungilah anak-anak kita dari sifat sedemikian rupa..
ReplyDeletebetul kak setuju sgt! anak2 ni yg mnecerminkan ibubapa sebenarnya.. dah ibubapanya ajar materialistik gitu..
ReplyDeletesaya ada baca juga cerita gitu
ReplyDeletebetullah kata DMFK tu, kalau terlalu biasa dengan kemewahan
anak kita tak akan pandai hargai benda lain
masih budak, insya allah boleh dibentuk lagi
Yerrr ... Saya pun biasa2 jer ... Masalah nyer org2 disekeliling bebudak nih ... Dah depa mintak macam2 ...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.