assalamualaikum & salam sejahtera 😊
kali ni nak kongsi resepi salad. salad yang sgt sedap, anak-anak pun join makan krap krup krap krup. ratah begitu saje pun da cukup sedap.
nampak sedap, kan?
memang sedap.
saya ratah salad ni 3 mangkuk 😋
ni resepi olahan kakak saya. last weekend ke Cheras, kami dijamulah dgn salad ayam goreng cheese ni.
memang mantap! alhamdulillah...
bahan-bahan :
- ayam (bahagian dada) - digoreng terlebih dahulu
- salad segar (beli 1 pek - salad butterhead, salad green coral & salad iceberg) - koyakkan kecil
- timun jepun - hiris
- tomato ceri
- olive oil
- sedikit perahan lemon
- madu
- shredded cheese mozarela (optional)
kebetulan saya yg bantu kakak menghasilkan salad dia yg ohsem tu. memang hafal la resepi nyer. terus paste dalam fikiran. mudah nak buat sendiri kelak. sgt mudah resepi salad ayam goreng cheese ni.
cara-cara :
- dada ayam yg telah goreng, dicarik-carik isi nya. masukkan dlm mangkuk salad
- salad yang telah dikoyak kecil, timun jepun dan tomato ceri semua dimasukkan dalam mangkuk salad.
- perahan lemon, olive oil, sedikit madu dan shredded cheese dimasukkan ke dalam mangkuk salad. boleh la digaul rata. SIAP!
rasanya masam masin manis, memang segar. krup krup salad tu masuk mulut 😋. bila ada ayam goreng dan cheese, mudah la nak menjemput anak-anak utk merasa salad ayam goreng cheese ni. mesti mereka tertarik.
cuba la ye 😊
10 Comments
macam menarik jer ni aida? bolehlah cuba esok nih....
ReplyDeletesalams jumaat aida:)
ReplyDeletewahhhhh menu sihat nie:):) yummmyyyyy
wow sedap ni aida, kak ana suka makan salad macam ni.
ReplyDeletesedapnyaaaa..terliur..boleh cuba next time..
ReplyDeletemacam menarik je aida...boleh cuba nanti :)
ReplyDeleteAlhamdulillah ah.. Menarik resepi nih..
ReplyDeleteKena try ni....mudah je...cuma bahan2 tu kena beli
ReplyDeletewow aida! menariknya!
ReplyDeletesuka saya tengok. nak sikit!
Sedapnyaaaa! Ayam & cheese dah cukup hebat combinationnya,...tambah pulak dgn salad krup krap krup krap :)
ReplyDeleteMenarik dan mudah .... Leh try nnt ...
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.