anak-anak sgt teruja !
izzat pun, walaupun last minit baru sporting nak join aktiviti.
alhamdulillah berbaloi spend seharian di sini bila mana anak-anak beri kerjasama yg terbaik.
tgk tu hah... kami on d way nak kuar dari kidzania lebih kurang hampir kul 8.30 mlm :)
sampai pagi tadi di parking lot before kul 10 pagi tau uolls !
hmmmm betapa la holiday seharian kat sini...
- PART 1 ~ intro to kidzania & beli tiket online...
- PART 2 ~ jadik pilot, surgeon & wartawan media prima :)
- PART 3 ~ keje supermarket z.mart, buat gelang, A&E room & poslaju girls !
- PART 4 ~ courthouse, kilang cadbury & kilang biskut oreo :)
- PART 5 ~ saintis lifebuoy, pekerja plus highway, petrol attendant BHPetrol & kutip sampah kitar semula...
- PART 6 ~ belajar masak puff tuna & ijat jadik ahli bomba termuda :)
- PART 7 ~ izzat join jadik pelukis dan detective... kakak2 belajar buat burger & vitagen :)
alhamdulillah, 20 aktiviti dpt kami buat.
byk jugak kidzos yg berjaya dikumpul dan dibelanjakan.
tapi, nak beli gambo kena guna duit RM la plak hu hu hu hu...
perlu dicadangkan agar gambo pun guna kidzos, kan?
baru la lebih berbaloi... gambo apa ? di bawah ni hah :)
beli gambo di kidzania :)
kami amik pakej 5 keping 5R + 2 kyechain + 1 jigsaw puzzle...
RM200 !
aduhai... urut dada ibu ayah anak-anak oii...
keychai ~ gambo di lifebuoy :)
gambo sbg pilot & assistant pilot air asia :)
gambo di ayam brand...
tukang isi minyak di BHPetrol :)
ahli bomba tegar...
ayah yg pilih gambo ni utk dijadikan jigsaw puzzle :)
best... kenangan terindah :)
ibu akan menabung lagi la utk bwk uolls dtg sini.
next time kita dtg kita bwk ayuni, amrina & muhd.
kita masuk mana-mana lagi yg lom kita masuk.
bila ramai-ramai lebih havoc !
... berdasarkan pengalaman sendiri :)
- before gi, ibu ayah survey la dulu kat google kidzania ni abende, mcm saya buat. amik tahu apa yg ada. sebab memudahkan operasi berjalan di kidzania nanti. refer SINI pun ok dah :)
- beli tiket online lebih mudah. sampai aje, ada priority lane utk terus masuk ke kidzania :). jgn buat masa beratur! kul 9.45 pagi da ramai yg beratur.
- utk baby and toddler ~ boleh bwk diorang punyer air, botol susu, biskut, bubur,... lebih besar dari tu, beli aje makanan yg dijual di kidzania town. byk kedai jual makanan.
- makanan memang mahal. sebatang sosej (saiz besar) RM8. set nasi campur & air RM18. ada jugak corn in a cup, waffle, sandwiches. semua harga harga double triple la dari luar. redah ajer la kan kalau nak dok sini seharian. anak-anak memang akan kelaparan :)
- di tingkat 5 ada surau utk kanak-kanak saje. dewasa nak solat, turun ke tingkat 3. tandas pun ada. tempat nak salin drypers anak2 pun orait. no worries!
- utk baby & toddler ada disediakan kindergarten yg luas utk diorang buat aktiviti diorang. tempat menyusukan baby. tempat diorang nak tido... selesa, colourful... kakak2 abg2 boleh round di kidzania town, ibu or ayah bleh lepak dgn baby di kindergarten. ada aje ibu or ayah yg selamat tido dgn anak2 ha ha ha... rehat jap!
- jgn buang masa. mana yg takde anak-anak beratur, terus gi. but yg best la kan. memang ada beberapa tempat yg memang tak ramai anak-anak minat nak masuk and kami pun x masuk. target tempat-tempat menarik. but kena rajin round la bila masa tempat tu x ramai org. kalau tunggu, buang masa. after all, semua aktiviti di kidzania akan jadik best kalau try :)
- kita kena explain serba sedikit setiap apa yg anak-anak akan buat. baru akan tingkat kan minat mereka nak buat aktiviti tu. and baru mereka tahu apa yg bakal mereka buat.
- paling penting, kena spend time byk utk dtg sini. jgn bataskan waktu! terutama if dtg jauh mcm saya ni kan, and byk mahal plak tu. kena set minda bhw kita bakal berada di kidzania seharian!!! mau bagi berbaloi byr beratus tu hi hi hi :)
ini la makanan tghari kami anak beranak :)
kami beli 4 set ~ nasi goreng, ayam masak kicap, kacang panjang goreng & air teh limau ais.
RM18+++ utk satu set.
sgt kenyang... rasa pun boleh tahan. alhamdulillah :)
sekian citer berepisod kidzania ha ha ha... tq uolls for reading :)
feeling yahooooooo sebab entry pasal kidzania da selesai :)
tq readers. love u !
12 Comments
Anak-anak memang seronok bila kat sini termasuk anak dara SA tu...smpai sekarang masih ada lagi duit Kidzania tu tak abih belanja lagi...
ReplyDeletebagus ni kak full details entry pasal kidzania ni kan
ReplyDeletebest nye.. :)
ReplyDeleteSeronoknya tgk anak2 aida having fun kt kidzania..sy pn teringin nk bwk anak2 tapi dorg kecik2 lg..tunggu besar sikit baru boleh explore n experience kan..
ReplyDeleteNad tak pernah lagi bawak anak2 ke sini..tapi diaorang masing2 dah pergi dengan rombongan sekolah..next time kalau nak gi harus nad terjah entry aida ni..banyak tips..hehee..
ReplyDeletewahh syoknye kak aida
ReplyDeletemmg berbaloi la dgn harga yang dibelanjekan kan
aishh kene tguu firash besar gak nnt leh dtg sini
bestnya! tunggu anak2 besar baru leh g ni
ReplyDeleteSeharian di kidzania memang berbaloi :)
ReplyDeleteMesti budak2 tu happy!
Gambat adek bomba tu comellah! :)
ReplyDeletewah...harga tu memang buat pening juga tu
ReplyDeleterasanya mampu tengok aje buat masa ni...hehe
apapun nice sharing aida...terasa macam join sama. seronok =)
Menarik baca entry pasal kidzania ni.. saya yg tua ni pun boleh terasa teruja nk bawa anak ke sini.. terima kasih perkongsian maklumat ni semua..
ReplyDeletepuzzle tu cntik la
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.