kek pisang pertama dlm hidup ku yg buat sendiri :)
rasa ada...
rupa takde hu hu hu :(
tak naik sgt la... tak kembang cantik.
terbantut perkembangan nyer.
few weeks ago.
geram sendiri tgk few resipi kat internet.
terus la menggodek bahan-bahan.
kebetulan senang aje bahan nya.
bahan :-
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh bikarbonat soda*
- 7 biji pisang berangan (saya beli pisang yg hampir lembik but masing ok la)
- 125g butter (cairkan)
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu ovallet
- 1 sudu vanilla
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu cair
cara :-
- bahan * ayak dulu ye
- pisang dilenyek
- pukul telur, ovallet & gula perang hingga kembang
- masukkan tepung & butter ~ selang seli
- masukkan pisang, susu cair & vanilla ~ gaul rata
- masukkan dlm loyang yg da lengser dgn butter
- saya bakar suhu 160 darjah dlm 40 minit gitu
tapi tu la ~ tak brape jadik la kek pisang saya tu.
but, bak kata mr.asben, "boleh dimakan, takpe la. jgn buat kek tapi x boleh dimakan!"
betul ke tu? hu hu hu...
ok la. nanti saya cuba lagi.
tak pernah gi kelas kek.
suka-suka buat sendiri aje.
so tak tau mana silap nyer, kena kot berguru buat kek plak.
"asyik gi kelas meroti aje aku ni!"
6 Comments
kalau 1st time buat kekadang tak menjadi kan..mana tau 2nd time buat menjadi...
ReplyDeletein shaa Allah. yes. kena yakin ekk?
Deleteprektis meks perfek :)
Tapi ok lah Aida..sekurang2 nya masih boleh dimakan... betul kata husband Aida tu..hehe..
ReplyDeletekek pisang ni peberet suami atie :)
boleh tu buat lagi..
ReplyDelete1st time buat xde rupa tapi boleh makan..
2nd time buat, ada rupa rasa mabeless! heee
caiyok caiyokkk
sedapnya!! my feveret ni, takpe aida praktis make perfect
ReplyDeletebantat nampaknya ni
ReplyDeletemungkin ada salah satu sebab seperti di bawah yang buat dia bantat
- Telur yang digunakan mungkin terlalu kecil.
- Kandungan udara tidak mencukupi sewaktu telur dan gula dipukul
- Ketika memasukkan tepung ke dalam adunan, kadar kelajuan tidak boleh terlalu laju.
- Kemungkinan telur yg digunakan sudah tidak elok. Sebaik2nya gunakanlah telur yg segar. Isikan air di dlm bekas dan letak telur di dlmnya. Jika telur terapung bermakna telur itu sudah tidak ada kandungan udara lagi atau sudah busuk.
Tepung sudah tidak elok atau sudah luput tarikhnya. Sebaik2nya, tepung dijemur terlebih dahulu. Ini penting untuk membantu meringankan kek.
- Mentega yang dicampurkan dalam adunan mungkin terlalu panas, menyebabkan ia berbuih. Ini menjadikan kek rosak.
- Suhu ketuhar terlalu rendah
tapi tak mengapa aida, cuba lagi ye =)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.