yeszaaa last night kami masuk panggung sekeluarga :)
citer GOOSEBUMPS lakonan Jack Black.
mr.asben nak bwk anak2 lari dari stress exam & jerebu :)
mbo @ melaka mall...
izzat free of charge :)
kali kedua bwk izzat masuk panggung.
kali pertama ari tu x ingat plak citer pe.
but time tu izzat separuh jalan aje, separuh jalan lg dia tido zzzzzz...
alhamdulillah x ngamuk la :)
kami masuk panggung dlm kul 9 mlm.
citer start 9.15 mlm ~ ha ha ha kami ber5 adalah org ke 3 hingga ke 7 yg masuk panggung tau.
alamak. tak ramai ke tgk citer ni hu hu hu...
ramai yg tgk polis evo & citer farid kamil tu kot kot kan.
tak pe la redha ajer la sedap ke tak sedap citer ni kan.
kakak-kakak yg excited sgt mlm td.
lari dari buku kejap ye kakak-kakak :)
memang menarik la citer GOOSEBUMPS ni.
saya sama-sama dgn anak-anak menjerit-jerit ketakutan... terkejut! ha ha ha...
memang gamat panggung...
meskipun x brape ramai. boleh la... dalam beberapa keluarga yg bwk anak-anak :)
dari awal citer tu, menampakkan citer tu mcm something interesting.
zach, budak bandar baru pindah ke satu bandar terpencil.
mak zach dpt jadi assistant pengetua ka bandar tu. and zach baru kematian ayah 1 thn yg lepas.
pindah di satu banglo ni, bersebelahan dgn rumah RL stine (jack black) & anak nyer, hannah.
hannah ramah... tapi ayah dia RL stine tu sgt la bengis.
tak bagi langsung zach kacau hannah!
citer nyer bermula ~ satu mlm tu, zach ternampak hannah kena dera dgn ayah nyer.
dia and sorang lagi member dia pecah masuk umah hannah, konon nyer nak selamat kan hannah.
ni la member zach tu. kelakar giler la dia ni :)
... dipendekkan cerita jeng jeng jeng ...
memang la diorang frust semua buku cerita da di bakar !!!
RL stine tu adalah penulis buku cerita bersiri 'goosebumps'.
and dia terperangkap dlm imaginasi dia sehingga kan buku cerita dia tu jadi real.
real camne ???!
hantu keluar dari buku-buku cerita dia !!!
sebab tu dia agak bengis dgn org, x bercampur dgn org...
zach & member dia terbuka satu buku cerita ~ hantu org salji...
and, selepas tu bertambah byk hantu terkeluar dari buku cerita RL stine tu.
giler byk tu ~ sehingga memporak-perandakan satu bandar tu !!!
hantu org salji ~ kelakar la jugak time ni...
ketua semua hantu !
serigala jadian !!!
mcm2 la jadik... ha ha ha tu yg buat kami menjerit-jerit and terkejut :) ha ha ha...
and ketua hantu-hantu tu bakar semua buku-buku RL stine agar hantu-hantu tu tak boleh dimasukkan balik ke dalam buku.
and, akhirnyaa dpt la jugak hantu-hantu tu dimasukkan balik ke dlm satu buku...
buku apa ??! kena la uolls tgk citer ni ekk.
and, rupa-rupanya hannah, anak RL stine tu juga merupakan imaginasi RL stine.
yg menjadi realiti... yg menemani RL stine selama ni.
hu hu hu da la zach da jatuh hati dgn hannah.
hannah plak adalah di antara yg akhirnya masuk balik ke dalam buku RL stine akhir skali :(
... a sad happy ending :)
fun... interesting...
citer ni berjaya buat izzat dan syuhada tak tido tau.
memang berbaloi la...
8 Comments
Dulu2 masa kecik suka gak baca citer2 R.L Stines. Selalu gi sewa novel dia kat bandar.
ReplyDeletelama dah x bawa anak2 g tengok wayang. sian dorang asik tanya. Ibu nya malas nak bawa kuar anak-anak sebab keadaan cuaca sekarang nih. Hehe
ReplyDeleteAda eñtri yg x blh komen ek? Puas godek x jmp pn box komennya.
ReplyDeletesama je muka anak dara akak dua org tu..hee
ReplyDeletehuhuhu....dh lama gila x tgk wyg
ReplyDeleteWah..menarik cerita ni nampaknya
ReplyDeleteBestnya. Last tgk wayang citer spongebob squarepants. TU pon dapat tiket free ☺
ReplyDeletemcm best je citer ni.. mesti kelakar + seram kan
ReplyDeletealahai sian dgn zach, kan
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.